
Pendakwah selebriti, Asma’ Harun tampil menjelaskan persoalan mengenai kewajipan mengqada solat yang ditinggalkan oleh seseorang ketika berada dalam keadaan koma atau pengsan.
Artikel Berkaitan: ‘Makin Ramai Artis Veteren Kembali Beraksi Di Pentas’ – Ustazah Asma’ Harun Tampil Beri Teguran Halus
Artikel Berkaitan: ’24 Jam Allah Beri Sebenarnya Cukup, Cuma Manusia Buang Masa Sibuk Perihal Orang Lain’ – Ustazah Asma’ Harun
Wajib atau tidak qada solat?

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma Harun berkongsi beberapa pandangan ulama berhubung hukum mengqada solat bagi individu yang hilang kesedaran seperti gila, koma atau pengsan.
Menurut mazhab Syafie, individu yang berada dalam keadaan koma tidak diwajibkan mengqada solat yang ditinggalkan sepanjang tempoh kehilangan kesedaran tersebut.
Para ulama mengqiyaskan orang yang hilang akal seperti gila, koma atau pengsan kepada keadaan seseorang yang tidak dipertanggungjawabkan sepanjang tempoh hilang kesedaran tersebut.
Menurut mazhab Syafi’i, seseorang yang hilang akal disebabkan perkara yang tidak diharamkan oleh syarak seperti sakit, koma atau pengsan, tidak diwajibkan menunaikan solat sepanjang tempoh dia tidak sedarkan diri.
Perkara yang sama turut disebut dalam al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘i, bahawa orang yang hilang akal kerana sebab yang tidak diharamkan syarak tidak diwajibkan mengqada solat yang tertinggal sepanjang tempoh tersebut.
Bagaimanapun, apabila kesedarannya telah pulih, kewajipan solat kembali seperti biasa dan wajib menunaikan solat yang masih berada dalam waktunya.
Walaupun tidak diwajibkan qada solat sepanjang tempoh koma atau pengsan, apabila seseorang kembali sedar dan masih berbaki waktu solat, dia wajib menunaikan solat tersebut.
Apabila dia kembali sedar, kewajipan solat kembali tertanggung ke atasnya. Namun, menurut mazhab Syafi‘i, solat yang telah terlepas sepanjang tempoh koma atau pengsan tidak diwajibkan untuk diqada.
Sumber: Facebook @Ustazah Asma’ Harun







![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)