
Seorang lelaki yang berstatus suami ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama seorang wanita berstatus janda berusia lingkungan 20-an di sebuah hotel di Johor.
Artikel Berkaitan: Dicekup Berkhalwat, Lelaki Kelam-Kabut Sarung Baju Tidur Kartun Teman Wanita
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Salah Tetap Salah’ – Risteena Enggan Cakap Banyak Isu Khalwat Ruhainies, Bakal Tunai Umrah & Beraya Di Makkah Bersama Keluarga
Mohon dilepaskan

Memetik laporan Sinar Harian, lelaki yang ditahan itu merayu agar dilepaskan kerana bimbang kejadian tersebut diketahui oleh isteri serta anak-anaknya yang masih bersekolah.
Menurut kenyataan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), lelaki terbabit ditahan dalam keadaan hanya memakai baju-T dan seluar dalam, manakala wanita berkenaan pula hanya berseluar dalam ketika serbuan dijalankan.
Pasangan berkenaan hadir ke hotel terbabit menggunakan dua kenderaan berasingan kira-kira jam 10.30 malam dan bayaran bilik hotel dibuat oleh lelaki tersebut.
Wanita terbabit pada mulanya memberi alasan hanya menumpang menggunakan tandas, namun selepas soal siasat lanjut dijalankan, dia mengaku berada di dalam bilik bersama lelaki yang bukan suaminya.
JAINJ memaklumkan pasangan terbabit disyaki melakukan kesalahan berkhalwat dan ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor.
Sumber: Sinar Harian







