
Suami kepada pelakon Allahyarhamah Nadia Kesuma berkongsi perkembangan terkini mengenai proses pengurusan jenazah isterinya yang kini berada di Jeddah.
Artikel Berkaitan: ‘Allahyarham Nadia Kesuma Rebah Secara Mengejut & Segera Dibawa Ke Hospital’
Artikel Berkaitan: Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Suami & Anak Perempuan Berangkat Pada Pagi Ahad
Jenazah diimamkan oleh suami

Menerusi hantaran di Facebook, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah memaklumkan bahawa jenazah dijadualkan untuk dikebumikan sejurus selepas waktu Subuh.
Lebih menyayat hati, Dr. Kamarul sendiri menggalas tanggungjawab sebagai imam bagi menyembahyangkan jenazah isterinya sebagai penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.
Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan dan diimamkan sendiri oleh saya, Alhamdulillah.
Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44am.
Terdahulu, Nadia dilaporkan meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, akibat serangan jantung.
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa lapangan terbang mengesahkan arwah mengalami serangan jantung sebelum terjatuh.
Terdahulu, berita pemergian Nadia disahkan oleh suami dan anaknya selepas aktres tersebut dilaporkan gagal dikesan sebaik tiba di Jeddah.
Nadia disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Januari lalu, kira-kira jam 8.07 pagi waktu tempatan.
Nadia sebelum ini dilaporkan hilang ketika berada di Jeddah, yang merupakan destinasi transitnya sebelum meneruskan perjalanan ke London.
Allahyarham difahamkan menyertai pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi pelancongan dan bergerak bersama jemaah lain.
Sumber: Facebook Muhammad Kamarul Kabilan






![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)
