Seorang peguam syarie berkongsi antara punca utama yang menjadi penyebab perceraian dalam kalangan pasangan beragama Islam di Malaysia.

Artikel Berkaitan: ‘Suami Lafaz Cerai Kerana Kucing Isteri Kejar Burung Hantu Yang Dibela’ – Peguam

Artikel Berkaitan: Isu Anak Bongsu Mahu Bakal Isteri Tinggal Bersama Ibu, Peguam Syarie Perjelas Hukum Tempat Tinggal Isteri

Alasan bercerai

Menerusi perkongsian di Threads, peguam syarie dikenali sebagai Atiqah mendedahkan antara alasan yang paling kerap diberikan oleh pasangan yang mahu bercerai ialah tiada persefahaman.

Bagaimanapun, antara alasan lain yang turut mencatatkan jumlah tertinggi dalam kes perceraian adalah suami yang mengabaikan kewajipan menunaikan solat.

Anda semua tahu tak antara alasan bercerai yang paling kerap di Mahkamah selain tak sefahaman adalah suami tidak solat.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil berkongsi pelbagai reaksi selain menyedari kepentingan menunaikan solat lima waktu dalam membina rumah tangga yang harmoni.

Sumber: Threads @atiqahrosali