Penyanyi dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat dilantik sebagai Profesor Adjung Tersohor di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafinaz Selamat Curi Perhatian, Bacaan Mengaji Dipuji Terbaik

Tahniah

Berita mengenai pelantikan itu dikongsikan menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Syafinaz Selamat, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ASWARA atas pelantikan sebagai Profesor Adjung Tersohor di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelantikan tersebut diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan serta jasa Syafinaz dalam industri muzik tanah air sepanjang beberapa dekad penglibatannya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet yang singgah ke ruangan komen turut menitipkan ucapan tahniah kepada Syafinaz atas pelantikan berkenaan.

Sumber: Threads