
Fuh, sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini nampaknya bertambah meriah dan penuh warna-warni!
Mana tidaknya, jenama minuman kegemaran ramai, Mirinda tampil membawa kelainan menyegarkan menerusi kempen Merdeka khas Mirinda x HAK: Rasa Sehati Sejiwa.
Bukan sekadar menyegarkan tekak, Mirinda turut menyemarakkan semangat keharmonian rakyat Malaysia menerusi mesej “Biar Berbeza, Kita Tetap Sehati”.
“Biar Pelbagai, Kita Tetap Sejiwa” meraikan kepelbagaian yang menyatukan kita melalui kebersamaan, keceriaan dan kasih sayang.
Bukan sekadar menyegarkan tekak, Mirinda tahun ini menjadi pemangkin dalam menyemarakkan lagi semangat keharmonian rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, ketika semua sedang bersemangat membuat persiapan, bekalan elektrik pula tiba-tiba terputus!
Ingatkan sambutan terhenti di situ, namun dengan sedikit kreativiti, cahaya Mirinda menyinari suasana, membuatkan komuniti kembali bersatu dan meneruskan sambutan sekali gus menggambarkan semangat Rasa Sehati Sejiwa.
Kejutan Di Penghujung Filem Merdeka!
Tapi tunggu dulu… ada satu lagi kejutan yang menanti di penghujung filem!
Selain membawa mesej Merdeka yang dekat di hati, Mirinda turut memberikan satu lagi kejutan buat peminat — peluang pertama korang untuk melihat Syafiq Kyle dan Mimi Lana bersama sebagai Hakim dan Ayu, sebelum gandingan mereka akhirnya muncul di layar perak menerusi HAK: Tuntut atau Tunduk.
Dengan Syafiq dan Mimi yang sendiri masih hangat bergelar pengantin baru, melihat pasangan ini sedang bersedia menyambut kelahiran anak pertama mungkin boleh buat peminat ‘double take’ sekejap!
Eh, sebelum tu korang jangan excited dulu! Yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata sebenarnya ialah Hakim dan Ayu, watak mereka dalam HAK.
Dalam suasana Merdeka yang penuh kemesraan dan kebersamaan, momen kecil ini memberikan penonton gambaran awal tentang keluarga yang sedang dibina Hakim dan Ayu — serta betapa pentingnya isteri, anak yang bakal lahir dan masa depan mereka buat Hakim.
Dari Kemeriahan Merdeka Ke Dunia Suspen ‘HAK’
Di saat korang masih menikmati suasana Merdeka yang ceria, mood tiba-tiba berubah apabila Hakim menerima satu panggilan misteri.
Wajahnya yang serta-merta berubah serius memberi petanda bahawa sesuatu yang lebih besar bakal berlaku. Dalam sekelip mata, penonton dibawa daripada kehangatan Rasa Sehati Sejiwa kepada first look dunia HAK: Tuntut atau Tunduk yang penuh tanda tanya.
Siapa yang menghubungi Hakim? Dan apakah makna panggilan itu buat Hakim, Ayu serta keluarga kecil yang sedang mereka bina?
Jawapannya mungkin perlu tunggu sehingga HAK: Tuntut atau Tunduk menemui penonton di layar perak nanti.
Memang lain cara Mirinda raikan Merdeka kali ini! Daripada menyatukan komuniti dalam semangat Rasa Sehati Sejiwa, hingga mengejutkan peminat dengan kemunculan Hakim dan Ayu, semuanya bermula daripada sebuah kisah Merdeka yang meraikan kebersamaan.
Daripada kisah rakyat Malaysia yang tetap sehati dan sejiwa walaupun berbeza, siapa sangka penghujung filem Merdeka Mirinda ini membawa penonton kepada satu misteri yang membuka pintu kepada dunia HAK?
Nak tahu apa yang berlaku di sebalik panggilan misteri itu? Saksikan Mirinda x HAK: Rasa Sehati Sejiwa sekarang dan nantikan HAK: Tuntut atau Tunduk di pawagam tidak lama lagi!








