
Isteri kepada penyanyi Sufian Suhaimi iaitu Rania Al Sadat menyorot perhatian apabila memanjat pokok ketika hadir menyaksikan perarakan Merdeka yang ke 69 di Dataran Putrajaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sufian Suhaimi Enggan Anak Jadi Penyanyi, Akui Dunia Hiburan Merbahaya – ‘Mudah Tergelincir Walaupun Ilmu Agama Tinggi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Risau Status Syubhah, Sufian Suhaimi Asingkan Pendapatan Muzik – ‘Bagi Makan Anak Bini Tak Pakai Duit Menyanyi’
Panjat pokok
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rania dilihat berada di atas pokok bersama Sufian untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas susulan kehadiran orang ramai yang memenuhi kawasan tersebut.
Menurut Rania, dia terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan pandangan lebih jelas selepas mendapati sukar melihat perarakan dari bawah.
Tak dapat tengok dari bawah.
Susulan itu, pelantun lagu Di Matamu itu tampil menjelaskan situasi berkenaan selepas perkongsian terbabit meraih hampir 900,000 tontonan.
Jelas Sufian, dia tidak pernah menyuruh isterinya memanjat pokok sebaliknya tindakan itu dilakukan Rania atas kehendaknya sendiri.
Aku tak ajak dia panjat pokok.
Dia yang nak ikut. Next level punya clingy.
Netizen terhibur







Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri itu selain memuji semangat patriotik mereka.
Selain itu, netizen turut menyifatkan Sufian dan Rania sebagai pasangan yang sekufu malah serasi dengan gelagat masing-masing yang mencuit hati.
Sumber: TikTok @anya Threads @sufiansuhaimi








