
Pelaburan sering dianggap sesuatu yang hanya perlu difikirkan apabila seseorang sudah mempunyai pendapatan besar. Hakikatnya, langkah kecil yang dimulakan sejak awal kerjaya mampu membantu seseorang membina tabungan, mengurus kewangan dengan lebih baik dan menyediakan perlindungan untuk masa hadapan..
Artikel Berkaitan: ‘Aku Bersyukur Lepas Kenal Suami, Dia Suruh Buat Macam-Macam Investment’ – Ain Edruce
Artikel Berkaitan: Ain Edruce Kongsi Cabaran ‘Putus Susu’ Anak – ‘Dalam Shower, Atas Katil Aku Menangis’
Mula pelaburan di awal kerjaya
#TipsXTRA merupakan segmen yang mengetengahkan perkongsian, nasihat serta pandangan selebriti mengenai kehidupan, kerjaya, hubungan dan pembangunan diri yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.
Menerusi segmen #TipsXTRA, pelakon dan pengacara, Ain Edruce berkongsi Ain Edruce berkongsi pandangan peribadinya mengenai kepentingan memulakan pelaburan seawal mungkin, khususnya selepas seseorang mula membina kerjaya.
Menurut Ain, dia sendiri merasakan pelaburan sepatutnya dimulakan sejak awal bekerja. Bagaimanapun, kesedaran itu hanya muncul selepas dia mendirikan rumah tangga.
Saya rasa perlu untuk mulakan investment seawal mula bekerja. Macam saya, mungkin buat salah sebab lepas berkahwin baru saya mulakan. Itu pun sebab dia yang suruh.
Ain turut mengakui dorongan daripada suaminya menjadi salah satu sebab utama dia mula mengambil serius soal pelaburan dan amalan berjimat cermat.
Malah, dia berpendapat mungkin dirinya masih belum memulakan langkah tersebut sekiranya tidak menerima galakan daripada pasangan.
Mungkin kalau benda lain terjadi sebaliknya, mungkin saya pun tak mulakan buat investment dan berjimat cermat.
Berdasarkan pengalamannya, Ain menasihatkan golongan muda agar tidak menunggu terlalu lama untuk mula menguruskan kewangan dengan lebih bijak.
Katanya, pelaburan tidak semestinya perlu dimulakan dengan jumlah yang besar. Apa yang lebih penting adalah keberanian untuk mengambil langkah pertama dan melakukannya secara konsisten mengikut kemampuan masing-masing.
Kalau saya boleh bagi nasihat, lepas dah mulakan kerjaya saja boleh mulakan investment.
Tak perlu jumlah yang tinggi dan besar sebab orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Perkongsian Ain itu secara tidak langsung mengingatkan orang ramai tabiat menguruskan wang perlu dibentuk sejak awal. Walaupun jumlah simpanan atau pelaburan yang dibuat mungkin kecil, disiplin dan konsistensi mampu memberi kesan besar dalam jangka masa panjang.








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)