
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Grab x Baskin-Robbins membawakan pengalaman yang lebih daripada sekadar makan aiskrim menerusi kolaborasi istimewa bersama siri animasi kegemaran ramai rakyat Malaysia, Upin & Ipin.
Dari 27 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026, ruang legar MyTOWN Shopping Centre akan bertukar menjadi lokasi penuh dengan permainan klasik, hadiah menarik dan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.
Paling best, ada peluang jumpa Upin & Ipin serta Opah, dan dapat Baskin-Robbins aiskrim secara percuma!
Main tiga permainan je dah boleh tebus aiskrim percuma

Kalau korang datang ke acara ini, jangan terus cari aiskrim dulu.
Mula-mula, sertai Game Journey yang menampilkan aktiviti permainan klasik Malaysia yang pasti buat ramai throwback zaman kecil.
Korang hanya perlu bermain Batu Seremban, Teng Teng, kemudian singgah di ruang Photo Op untuk bergambar dan kongsi gambar tersebut di media sosial.
Lepas selesai ketiga-tiga cabaran ini, korang boleh terus menebus Baskin-Robbins Ice Cream secara percuma, lengkap dengan pelekat Upin & Ipin 3D comel.
Bukan selalu dapat main permainan zaman kecil sambil dapat aiskrim sekali kan?

Ada kuiz, hadiah dan baucar GrabFood setiap hari
Kalau korang jenis suka cabar nasib, jangan lepaskan sesi yang dikendalikan hos acara.
Sepanjang event berlangsung, akan ada pelbagai sesi kuiz interaktif dan permainan spontan dengan hadiah menarik menanti pengunjung.
Antara hadiah yang boleh dimenangi termasuk lunch bag, jam tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab serta baucar Grab.
Jadi memang banyak peluang untuk balik dengan tangan penuh.
Jumpa Upin, Ipin & Opah secara live!

Selain permainan dan kuiz, pengunjung juga berpeluang bertemu sendiri Upin & Ipin menerusi kemunculan istimewa yang dijadualkan setiap hari sepanjang roadshow berlangsung.
Pada 27 hingga 31 Ogos, Upin, Ipin serta Opah akan muncul bersama sekitar jam 2:30 petang, manakala sesi bersama Upin & Ipin turut diadakan pada jam 6.30 petang.
Jadi kalau korang memang nak jumpa karakter kegemaran ini, bolehlah rancang waktu datang lebih awal.
Koleksi eksklusif Upin & Ipin yang memang comel
Selain aktiviti di lokasi, Baskin-Robbins turut memperkenalkan beberapa menu edisi khas Upin & Ipin yang didatangkan bersama barangan eksklusif.
Antara yang menjadi perhatian ialah Upin & Ipin 2 Pints & Cooler Bag berharga RM90 yang mengandungi dua pint aiskrim, sebuah cooler bag serta jam tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab.
Kalau korang nak sesuatu yang lebih ringkas, Upin & Ipin 2 Cups berharga RM19 juga hadir bersama jam tangan edisi terhad Grab eksklusif tersebut.
Manakala Upin & Ipin 6-Inch Cake berharga RM160 sesuai dijadikan pilihan untuk sambutan hari lahir atau gathering bersama keluarga.
Apa yang paling menarik, jam tangan Upin & Ipin hijau edisi terhad Grab ini hanya boleh didapati menerusi pembelian menggunakan aplikasi Grab, jadi memang sesuai untuk dijadikan koleksi.
Kalau nak bawa anak jalan hujung minggu, ini antara event yang wajib singgah

Bukan selalu dapat jumpa event yang menggabungkan permainan tradisional, karakter kegemaran ramai, hadiah istimewa dan aiskrim dalam satu tempat.
Jadi kalau korang masih mencari aktiviti sempena cuti sekolah atau hujung minggu, bolehlah masukkan Grab x Baskin-Robbins x Upin & Ipin Roadshow di MyTOWN Shopping Centre dalam senarai.
Event ini berlangsung dari 27 Ogos hingga 31 Ogos 2026, bermula 10 pagi hingga 10 malam.
Siapa cepat, dia dapat menikmati sendiri kemeriahan kolaborasi istimewa ini sambil membawa pulang hadiah gempak dan menikmati aiskrim Baskin-Robbins bersama insan tersayang.






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
