Tanggal 30 Jun ini bakal menjadi penentu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkenaan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya daripada tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Nafi Nikah 26 Jun Ini – ‘Fokus Kami Sekarang Adalah Kes Mahkamah Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Syukur Dapat Kerja Sambilan – ‘Saya Sumbangkan Terus RM115k Ke Muar, Beli Bakul Makanan & Laptop’

Keputusan mahkamah

@apaceritapodcast

As June 30th approaches, the reality of the court’s decision looms heavily not just for Syed Saddiq, but for his loved ones. In the spirit of solidarity, a special ‘Solat Hajat & Doa Selamat’ prayer gathering will be held this June 25th at Masjid Tengku Kelana Jaya Petra. We at Apa Cerita Podcast pray for the best possible outcome for Syed Saddiq and his family. 🙏✨ #nakubahmember #apaceritapodcast #syedsaddiq

♬ original sound – Apa Cerita Podcast – Apa Cerita Podcast

Menerusi perkongsian di Apa Cerita Podcast, rakan Syed Saddiq yang juga Timbalan Presiden MUDA, Zaidel Baharuddin, menyatakan tentang realti pahit yang akan dihadapi sahabatnya itu jika keputusan tidak memihak kepadanya.

Keputusannya sama ada dia boleh kahwin dan menjadi seorang bapa atau tidak iaitu pada 30 Jun ini.

Selepas 30 Jun,(jika didapati bersalah) terus ke penjara dan sebat.

Berdasarkan keputusan tiga hakim sebelum ini, mereka berpendapat dia tidak bersalah, namun saya tidak mahu mendahului keputusan mahkamah.

Menurut Zaidel, hasrat Syed Saddiq untuk bergelar suami kepada selebriti Bella Astillah dan menjadi seorang bapa berkemungkinan terpaksa dibatalkan jika disabitkan kesalahan.

Perkara pertama yang saya fikirkan, sempat ke tidak dia nak kahwin? Boleh ke tidak dia nak kahwin?

Hukuman asal, hukuman penjara bukan setahun dua..lama.

Silap-silap anak-anak Bella mungkin dah besar.

Sementara itu, hos audiosiar tersebut Asyraf Khalid juga menyedari hakikat yang perlu diterima oleh pasangan berkenaan seandainya mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Syed Saddiq.

Bila awak bercakap tentang perkara ini, saya juga terkesan.

Sebab pada hari yang sama juga merupakan hari penentuan, adakah anak-anak Bella akan ada ayah (tiri) atau tidak.

Kebahagiaan yang mereka ada sekarang mungkin akan diambil begitu sahaja.

Dalam masa yang sama, Zaidel memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat untuk Syed Saddiq pada 25 Jun ini di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Petaling Jaya.

Sumber: Apa Cerita Podcast