![[VIDEO] Aiman Hakim Ridza Nasihat Isteri – ‘Saya Tekankan Tentang Keperibadian, Bukan Semata-Mata Pemakaian’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/aiman2.jpg)
Pelakon Aiman Hakim Ridza, memaklumkan isterinya yang juga aktres iaitu Zahirah MacWilson sedang berada di dalam proses transisi untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahirah MacWilson Kongsi Sudah Dua Bulan Pakai Hijab – ‘Alhamdulillah, Buat Masa Ini Saya Masih Mencuba’
Artikel Berkaitan: Aiman Hakim Ridza Anggap Babak Intim Tak Perlu Diselit Dalam Mana-Mana Karya – ‘Penonton Sekarang Makin Bijak’
Penampilan isteri

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Aiman Hakim Ridza Abdoh, 37, berpendapat perubahan seseorang bukanlah hanya dinilai dari luaran namun, padanya yang harus diberi tumpuan adalah personaliti diri.
Dia sebenarnya sedang mencuba. Pada saya yang penting bukanlah setakat bertudung tetapi apa yang ada di sebalik hijab.
Bagi saya dia harus tahu sebab serta kebaikan pemakaian tersebut, yang penting sebenarnya adalah keperibadian seseorang.
Berhijab adalah untuk memperbaiki diri, bukan semata-mata sebab untuk menutup aurat.
Aiman berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama Sumpah Ayahku yang diadakan di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.
Dalam masa yang sama, Aiman juga membantu dan membimbing Zahirah agar memahami konsep sebenar penghijrahan dengan menekankan tentang memperbaiki keperibadian diri.
Ya, ada diberitahu saya untuk memakai hijab dan banyak bertanya kepada saya juga.
Tetapi yang saya tekankan adalah keperibadian. Pada saya dia mesti faham mengapa dia pakai hijab, bukan semata-mata kerana pemakaian itu.
Isi kandungan sebagai seorang muslim itu lebih penting sebenarnya. Kalau pakai tudung tapi tak ada adab pun tak guna.
Terdahulu, dalam sebuah temu bual Zahirah berkongsi dia sudah mula memakai hijab sejak dua bulan lalu namun, belum bersedia untuk mendedahkan faktor yang mendorong dirinya untuk menutup aurat.
Sebelum ini, imej terbaharu Zahirah telah menyorot perhatian ramai selepas berkongsi foto memakai hijab semasa bercuti bersama keluarganya baru-baru ini.
Untuk info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Isaac Raees, 5, dan Inara Raisa, 2.








