Seorang bapa tunggal menyorot perhatian apabila terpaksa meninggalkan anaknya yang baru berusia setahun enam bulan bersendirian di rumah demi mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rezeki Perlu Kongsi Bersama’ – Anzalna Bawa Bapa Tunggal Shopping Barang Bayi

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Anak Angkat Sedih, Bapa Tunggal Sanggup Pakai Rambut Palsu & Gaun Sempena Hari Ibu

Dipantau melalui cctv

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu berkenaan memantau keadaan anaknya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di penjuru bilik.

Difahamkan, individu tersebut bergelar bapa tunggal sejak 2025 dan memilih untuk membesarkan anaknya sendirian tanpa membebankan ahli keluarga.

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah sikap tenang anak kecil yang belum berusia dua tahun itu apabila dilihat bijak menyesuaikan diri meskipun bersendirian.

Kejadian yang berlaku di Indonesia itu mendapat perhatian selepas videonya tular di media sosial sekali gus mendorong orang ramai menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada bapa tunggal tersebut dan anak lelakinya.

Sumber: TikTok @ramapratama699