![[VIDEO] Aya Amiruddin Sedih, Duduk Dalam Bilik Seminggu Selepas Tahu Status Diri Anak Angkat – ‘Saya Jumpa Sijil’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/aya.jpg)
Pelakon dan pempengaruh media sosial, Aya Amiruddin, berkongsi kisah sedih ketika mengetahui bahawa dirinya ialah seorang anak angkat.
Artikel Berkaitan: Aya Amiruddin Sedih Kenang Hidup Sebatang Kara – ‘Saya Sudah Kehilangan Ayah & Ibu, Tiada Adik Beradik’
Anak angkat
Menerusi perkongsian di Borak Tiga Line Clipper, pemilik nama Fidya Natsha Amiruddin itu mengimbas kembali memori tersebut semasa dia berusia 18 tahun.
Masa umur 18 tahun saya dapat melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Sepanjang persekolahan saya tak pernah tengok sijil lahir. Apa-apa yang berkaitan dengan sijil lahir abah akan pergi ke sekolah dan hantar sendiri dekat cikgu.
Ketika itu abah sakit, dia sakit buah pinggang, makin uzur dan tak boleh berjalan.
Menurut Aya, itu adalah kali pertama dia melihat sijil lahirnya dan juga sijil anak angkat yang tertera nama berbeza pada ruangan keterangan ibu dan bapa.
Kali pertama dalam hidup saya tak pernah buka almari mereka. Suatu hari saya buka dan saya nampak sijil anak angkat.
Sijil (lahir) yang asal pun bukan nama mereka.
Terkesan dengan hakikat itu, Aya mengurungkan diri selama seminggu di dalam biliknya sehinggalah dipujuk oleh bapa angkatnya.
Saya duduk je dalam bilik tak keluar seminggu, bibik je yang hantar makanan.
Mak menangis suruh buka pintu tapi saya tak boleh. Sampailah hari ketujuh, arwah abah saya menangis minta buka pintu, saya buka. Saya dengan arwah memang sangat-sangat rapat.
Walau bagaimanapun, Aya tetap reda dan meminta ibu bapa angkatnya untuk tidak lagi berbincang mengenai perkara tersebut.
Mereka pun ceritakan semuanya dan cakap ini adalah kali terakhir. Saya dah tak mahu dengar tentang ini.
Yang saya tahu mereka adalah ibu bapa saya.
Mereka orang berada dan ketika itu saya sedar yang semua ini bukan saya punya.
Sumber: TikTok Borak Tiga Line Clipper






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

