Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, mendedahkan sebelum ini dia pernah mendapatkan bantuan profesional mengenai kesihatan mental.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sangat Hargai’ – Bella Astillah Terharu Syed Saddiq Pakai Tali Leher Pemberiannya Setiap Kali Ke Mahkamah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tarikh Kahwin Dah Ditetapkan Tapi Tak Boleh Beritahu Bila, Tak Terlalu Lama Dari Sekarang’ – Syed Saddiq

Bella menjaga kesihatan mental

@teambassofficial

“Sentiasa pilih untuk menjadi orang yang baik” Sesederhana itu, tetapi begitu besar maknanya. Kita tidak mampu mengawal segala yang berlaku dalam hidup, namun kita sentiasa mampu memilih untuk berbuat baik, berusaha sebaik mungkin dan akhirnya menyerahkan segala keputusan kepada Allah. Insya-Allah, Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya yang terus berusaha dan meletakkan pengharapan kepada-Nya. Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik, walau apa pun ujian yang sedang dihadapi. 🤍 #bellaastillahsyedsaddiq #teambassofficial #basstiess #foryoupage basstiess🤍🖤

♬ original sound – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL

Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi sebuah majlis yang dihadirinya.

Menurut Bella, dia memilih untuk bertemu pakar psikiatri kira-kira lapan tahun yang lalu.

Sebenarnya tak ramai orang tahu, saya pernah melalui hari yang sangat sukar dan saya memilih untuk jumpa pakar psikiatri.

Saya pergi ke beberapa sesi kaunseling berseorangan, setiap sesi sejam ke sejam 30 minit.

Bagaimanapun, Bella memilih untuk tidak mendedahkan perkara tersebut berikutan bimbang dengan stigma negatif mengenai masalah kesihatan mental.

Ketika itu saya tidak berkongsi dengan sesiapa mahupun di media sosial.

Kadang-kadang orang akan cepat menghukum dan menilai. Saya tak mahu bila saya kongsi, nanti spekulasi orang akan bertambah.

Justeru, ibu kepada dua orang anak ini menasihati individu yang mempunyai masalah sama supaya mendapatkan bantuan agar isu kesihatan mental mereka boleh ditangani.

Tapi apa sahaja yang kita buat, kita ikhtiar untuk diri sendiri.

Tak semestinya bila jumpa dengan pakar psikiatri kita tidak waras. Sebenarnya kita sayang pada diri kita.

Jangan cepat menilai dan jangan dapatkan bantuan di tempat yang salah.

Bukanlah bergantung pada manusia, tapi kita sebagai manusia perlu ikhtiar dan usaha.

Sumber: TikTok