Teka-teki mengenai tarikh pernikahan pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal disatukan pada 10 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: Netizen ‘Zoom’ Telefon Bimbit Syed Saddiq, Foto Bersama Bella Astillah Diselit Belakang ‘Casing’ Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: Syed Saddiq & Bella Astillah Boleh Fokus Persiapan Kahwin Dengan Tenang

Bella Astillah, Syed Saddiq umum tarikh nikah

Pengumuman tersebut dikongsikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi satu hantaran video di Instagram pada Rabu, dengan kapsyen ‘10.10’.

Menerusi video tersebut, Bella dan Syed Saddiq tampil anggun mengenakan busana tradisional Melayu berwarna putih, selain menitipkan harapan tentang cinta, kesetiaan serta komitmen dalam membina kehidupan bersama.

Syed Saddiq: Setiap orang sering mencari kesempurnaan dalam diri seseorang untuk dijadikan pasangan.

Bella: Saya tidak mencari yang sempurna… Cukuplah seseorang yang setia, sampai bila-bila.

Syed Saddiq: Saya tak berani menjanjikan hidup tanpa susah, tapi saya berjanji saya takkan mudah menyerah pada kita, selamanya.”

Bella: Itu sudah cukup.

Sementara itu, menerusi sesi siaran langsung dalam program Meletop, Syed Saddiq memaklumkan majlis tersebut bakal berlangsung di Tingkat 118, Menara Merdeka, dengan konsep serba putih yang disulami elemen bertemakan Arab.

Nikah pada 10 Oktober dan sanding di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan sama.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Menara Merdeka 118 kerana beri keizinan untuk kami bernikah di sana. Ini akan menjadi majlis pernikahan pertama yang diadadakan tingkat 118.

Sebelum ini, Syed Saddiq mengesahkan tarikh pernikahan dengan Bella sudah dipersetujui keluarga, namun belum sedia mengumumkannya.

Syed Saddiq dan Bella dilapor mula berkenalan dengan lebih rapat pada 2025 sebelum mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Sebelum ini, Bella mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon dari Singapura, Aliff Aziz, pada 2016. Pasangan itu bercerai buat kali pertama pada 2019 sebelum kembali rujuk dalam tempoh edah.

Bagaimanapun, mereka bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

Sumber: Instagram Syed Saddiq