![[VIDEO] Beza 10 Tahun Dengan Ameer, Noor Nabila Anggap Umur Tak Patut Dijadikan Ukuran – ‘Kematangan Lebih Penting’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/nabila-dua.jpg)
Usahawan, Noor Nabila menyifatkan perbezaan jarak usia 10 tahun antara dirinya dan kekasihnya, Ameer Aiman, bukanlah penghalang dalam hubungan mereka.
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Bakal Kahwin Dengan Ameer Aiman Tahun Ini – ‘Tengah Buat Persiapan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Susu Pisang Nilofa Kembali, Neelofa & Noor Nabila Lantik 50 Rakan Niaga – ‘Tidak Seperti Dahulu Banyak Stokis & Agen’
Usia bukan penghalang

Ketika ditemui OhBulan!, Nabila, 41, berkata berkata usia tidak seharusnya dijadikan ukuran dalam sesebuah hubungan, malah umur juga tidak mencerminkan tahap kematangan seseorang.
Kalau pasal umur, ia bukan sesuatu yang patut dijadikan sebagai ukuran.
Kepada sesiapa yang sedang bercinta dengan yang lebih muda, jangan letakkan stigma hanya kerana faktor usia.
Muda atau tua, bagi saya kematangan lebih penting.
Nabila berkata demikian pada majlis pelancaran susu pisang jenama Nilofa di sebuah cafe yang terletak di Petaling Jaya pada Ahad.
Dalam pada itu, kakak kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa itu mengakui perbezaan pendapat dalam hubungan adalah perkara biasa namun percaya kekurangan masing-masing dapat saling melengkapi.
Ada beberapa perkara yang saya terfikir macam ‘Aduh, kalau budak-budak mereka akan fikir benda macam ini lah’.
Tetapi ada bahagian yang saya kurang, yang dia boleh melengkapi saya.
Pun begitu, Nabila percaya soal jodoh seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada yang Maha Esa dan sebagai manusia kita tidak boleh mengubah takdir.
Mungkin dia akan fikir yang saya ni ada perangai sebab tua tetapi dia tak pernah terfikir tentang soal usia.
Saya pun tak pernah terfikir yang saya tua dan dia muda, contoh macam ‘Oh dia muda, saya rasa insecure’.
Kena percaya jodoh ditangan Tuhan. Muda atau tua kita tak tahu.
Sebelum ini, Nabila berkongsi dia dan Ameer bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini.
Difahamkan, mereka mula berkenalan sejak tahun lalu.






![[VIDEO] Kanak-Kanak Hidap Kanser Luah Hasrat Ke Rembayung & Bertemu Khairul Aming, Netizen Sanggup ‘Battle’ Slot](https://asset.ohbulan.com/2026/08/rembayung.jpg)

