![[VIDEO] Bunga Isme Tegur Pempengaruh Indonesia – ‘Lagu Negaraku Bukan Sekadar Konten’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/bunga-isme.jpg)
Penyanyi dan pelakon, Bunga Isme tampil menegur seorang pempengaruh dari Indonesia yang didakwa tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku menerusi kontennya.
Artikel Berkaitan: Bunga Isme Menangis Kenang Kisah Rasulullah Semasa Perang Uhud – ‘Mulia & Kasihnya Hati’
Artikel Berkaitan: Stabilkan Hormon, Bunga Isme Amal Rutin Baharu – ‘Tak Tidur Selepas Subuh, Dapatkan Matahari Pagi’
Hormat lagu Negaraku
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pempengaruh yang dikenali sebagai Bule Barbie tidak ketinggalan menitipkan ucapan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-69.
Pada hantaran yang sama, Bule Barbie turut meraih perhatian apabila mendendangkan lagu Negaraku dengan gaya tersendiri.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mencetuskan rasa tanggungjawab kepada pelantun lagu Tak Tidur Malam yang tampil menegur tindakan berkenaan kerana disifatkan tidak bersesuaian dengan mesej yang cuba disampaikan.
Terima kasih atas ucapan itu.
Tapi rasanya cukup sampai ucapan saja. Lagu kebangsaan kita adalah kebanggaan negara, bukan sesuatu yang dinyanyikan sekadar untuk konten.
Tambah Bunga, lagu Negaraku seharusnya dinyanyikan dengan penuh rasa hormat sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan para pejuang yang telah berkorban demi negara.
Kita menyanyikannya dengan penuh rasa hormat dan dari hati, sebagai tanda penghargaan buat para pejuang dan nenek moyang yang telah berjuang untuk tanah air ini.
Bila lagu kebangsaan berkumandang, kita berdiri tegak dan menyanyikannya dengan penuh bangga.
Sumber: Threads @bungaisme







