![[VIDEO] Elizabeth Tan Kongsi Perjalanan IVF, Tiga Tahun Usaha Timang Cahaya Mata](https://asset.ohbulan.com/2026/08/elizabeth-tan-4.jpg)
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan berkongsi perjalanan menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai salah satu ikhtiar untuk menimang cahaya mata.
Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Dedah Amal Konsep 50:50 Sejak Bercinta – ‘Dengan Cara Ini, Kami Tak Simpan Dendam’
Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Dedah Pernah Ditampar Bekas Kekasih – ‘Dalam Mall Depan Orang’
Perjalanan IVF
Menerusi perkongsian di TikTok, Elizabeth atau nama penuhnya Elizabeth Tan Su Mei nekad menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas tiga tahun usaha mendapatkan zuriat masih belum membuahkan hasil.
Pada hantaran sama, pelantun lagu Semua Sudah itu bersama suaminya hadir ke sebuah pusat perubatan bagi menjalani prosedur pembekuan telur (ovum).
Selain itu, Elizabeth Tan turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan segala urusannya dalam usaha menimang cahaya mata.
Doakan saya tau.
Doa netizen





Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar penyanyi berusia 32 tahun itu bersama suaminya dikurniakan rezeki untuk bergelar ibu bapa.
Sekadar info, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021.
Sumber: TikTok @Elizabeth Tan




![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)

