Usahawan Engku Emran berkongsi tentang cabaran yang dihadapi sebagai bapa yang sedang membesarkan seorang anak remaja.

Artikel Berkaitan: Raih Keputusan Cemerlang IGCSE, Engku Aleesya Ikuti Kursus Pendek Di Oxford

Artikel Berkaitan: Engku Emran Kongsi Momen Berharga Aleesya Tamat Pengajian Sekolah Menengah – ‘Cantik Macam Ayah, Pandai Macam Mak’

Perkara yang ditakuti

@dr.wanfariza

Perkara Paling Ditakuti Oleh Seorang Ayah Emran, bila dapat tengok posting podcast Hello Sihat, Apa Khabar? ni, harap2 Emran dah berjaya dapat access semula ke Instagram ya 😆 Kami shoot episode podcast bulan April lalu. Perkara pertama yang saya notice..tingginya dia! Emran is such an eloquent speaker. Being a former media practitioner and a public figure, you may be forgiven to anticipate him to be, perhaps, a little “industry” maybe. Nope. None of that. The person I met was a completely down-to-earth. Grounded. Humble. Secure in himself to share his vulnerability. He spoke honestly and openly about his love and aspirations for Engku Aleesya. As a father, his words were sincere and deeply heartfelt. I was genuinely glad to have met him. As a medic dealing with life and death regularly, I can vouch for this. The strongest people are the ones who are most comfortable with being vulnerable. This episode reminded me of that. Tonton episod penuh Engku Emran: It Takes One: Redefining Fatherhood di Podcast Hello Sihat, Apa Khabar? bersama saya dan host Sasha Saidin di Youtube dan Sporify #hellosihatapakhabar #singledad #mentalhealth #parentingtips #podcast

♬ original sound – dr.wanfariza – dr.wanfariza

Menerusi perkongsian di Podcast Hello Sihat, Engku Emran atau nama penuhnya Engku Emran Engku Zainal Abidin, berkata, perkara yang ditakutinya adalah apabila anak salah memilih rakan kerana percaya pergaulan mampu memberi pengaruh besar.

Menurut Emran, pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak baik akan memberi impak negatif, dan seterusnya membentuk diri anak-anak.

Apa yang saya takutkan adalah apabila anak salah memilih kawan. Kita pernah alami perkara ini apabila kita bercampur dengan kelompok yang salah.

Ia boleh memberi kesan yang sangat buruk terhadap masa depan mereka.

Jadi, itu adalah kebimbangan terbesar saya pada ketika ini.

Justeru, Emran akan cuba mengenali dan mengetahui setiap teman-teman rapat puteri kesayangannya itu.

Bukan itu sahaja, Emran juga akan berkawan dengan ibu bapa mereka bagi memastikan anak berada di dalam persekitaran yang positif.

Saya pastikan saya mengenali semua rakan-rakannya, terutama ibu bapa mereka. Saya akan cuba berkawan dengan ibu bapa mereka.

Adalah sangat penting, untuk kita bukan sekadar melihat apa yang berada di depan mata. Tetapi apabila kita memerhati, kita akan mula menilai, menganalisis dan berfikir.

Untuk rekod, Engku Emran dan aktres Erra pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 sebelum sah bercerai talak satu pada 18 Februari 2014. 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 17 tahun.

Sumber: Podcast Hello Sihat