Kecomelan dan keprihatinan Nur Fatima Aisya terhadap adiknya, Muhammad Jarir Umar mencuri perhatian ramai. 

Fatima beli hadiah untuk Jarir

Menerusi satu sesi siaran langsung baru-baru ini, penyanyi Amira Othman bersama suaminya, Fattah Amin, dilihat sedang berniaga.

Namun, apa yang mencuri perhatian penonton adalah gelagat comel Fatima yang menghadiahkan sebuah mainan muzik kepada adik lelakinya itu.

Cute la Fatima belikan hadiah untuk Jarir.

Dia pilih sendiri tau.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang tersentuh melihat sifat penyayang Fatima terhadap adiknya meskipun usianya masih kecil.

Untuk info, Amira selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki, Muhammad Jarir Umar di sebuah hospital di ibu negara pada 23 Jun 2026. 

Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

Fattah terdahulu memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya hasil perkahwinannya dengan pelakon dan usahawan Nur Fazura.

Netizen puji

Sumber: TikTok