![[VIDEO] Fattah Amin Impi Bina Masjid & Surau Sendiri – ‘Kita Namakan Masjid Jarir Umar Al Fattah’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/FATTAH-AMIN-NAK-BINA-MASJID.jpg)
Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin meluahkan hasrat untuk membina sebuah masjid dan surau sendiri sebagai salah satu bentuk amal jariah.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Titip Doa Buat Jarir Umar, Netizen Teruja Tengok Rambut Lebat – ‘Ikut Keluarga Belah Mummy’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bersalin Normal Atau Czer, Itu Pengorbanan Seorang Isteri & Ibu..Mereka Bertarung Nyawa’ – Fattah Amin
Fattah Amin nak bina masjid, surau sendiri
Menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia menyimpan impian untuk memiliki sebuah masjid sebelum merealisasikan impian lain seperti membina kedai atau pusat beli-belah.
Memang kita ada impian. Tapi sebelum ada kedai atau mall, saya nak ada masjid dulu. Itu saham akhirat.
Menurut Fattah, membina masjid atau surau adalah satu bentuk saham akhirat kerana ganjarannya akan terus mengalir buat individu yang menginfaqkannya, selagi kemudahan tersebut digunakan walaupun selepas mereka tiada.
Kita dengar orang yang ada surau, ada masjid. Bila ada masjid ni kita rasa macam, ‘bestnya’. Sebab kalau dia meninggal, selagi orang guna sebab dia infaqkan masjid tu, pahala dia berjalan.
Baik saya niat ada nak ada masjid dengan surau sendiri. Daripada saya niat nak ada mall sendiri, mall tu kedua ketiga lah. Pertama sekali saya niat nak ada masjid dengan surau sendiri.
Dalam pada itu, Fattah turut berkongsi nama yang diimpikan untuk rumah ibadah tersebut iaitu Masjid Jarir Umar Al-Fattah.
Doakan cukup duit, kita nak buat masjid surau. Kita nak namakan Masjid Jarir Umar Al-Fattah.
Dia juga memohon orang ramai mendoakan agar impian tersebut dapat direalisasikan suatu hari nanti.
Sumber: TikTok








