Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan dakwaan dirinya dekati usahawan Datuk Seri Vida (DSV) hanya kerana harta semata.

Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Mohon Maaf Isu Konten Bersama DSV – ‘Sebagai Bakal Imam, Saya Akan Usaha Mencerminkan Contoh Yang Baik’

Artikel Berkaitan: Individu Tegur Vida & Fazley Yaakob Supaya Jaga Batas – ‘Mana Perasaan Malu? Jangan Bangga Buat Dosa’

Nafi dakwaan tiada duit

Ketika ditemui OhBulan!, Fazley atau nama lengkapnya, Ahmad Fadzli Yaakob, 48, memaklumkan bahawa dia datang daripada keluarga yang sememangnya berada.

Tambah Fazley, dia melihat penyatuan bersama Vida bukan sekadar hubungan peribadi sebaliknya gabungan dua empayar perniagaan yang kukuh.

Siapa cakap saya tak ada duit? Kalau orang tengok latar belakang keluarga saya, Alhamdulillah semuanya cukup dari segi kewangan.

Jadi penyatuan keluarga ini adalah penyatuan dua empayar bisnes. Insya-Allah, doakan yang baik-baik saja.

Fazley berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Pelancaran Digital Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.

Dalam pada itu, Vida atau lebih mesra disapa DSV mendedahkan hubungan yang terjalin bersama Fazley turut menerima pelbagai maklum balas negatif daripada orang di sekeliling.

Ramai yang dengki dan saya dah kecilkan circle. Saya hanya jumpa orang tertentu saja.

Bukan tak mahu berjumpa yang lain tetapi Alhamdulillah dijauhkan untuk seketika ini.

Sekadar info, Fazley dan DSV tercalon dalam kategori Selebriti Couple Goals Terhangat di Anugerah Meletop Terhangat 2026 yang bakal berlangsung pada 18 Oktober ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.