![[VIDEO] ‘Jangan Hakimi Saya, Doa Yang Baik-Baik’ – Julia Farhana Respon Isu Buka Tudung](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jullia-farhana-tak-berhijab.jpg)
Pelakon Julia Farhana tampil memberi respon susulan penampilannya yang kini tidak lagi berhijab, selain memohon orang ramai agar mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Selfie’ Julia Farhana Berkemban Curi Perhatian, Netizen Titip Doa
Artikel Berkaitan: Julia Farhana Sudah Tidak Berhijab? ‘Repost’ Video Pergi Salon & Tukar Gambar Profil ‘Free Hair’
Julia Farhana minta doa yang baik-baik

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Julia Farhana Marin, 32, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana apa yang dilaluinya merupakan perkara peribadi yang hanya difahami olehnya sendiri.
Sehubungan itu, Julia berharap agar orang ramai tidak menghakimi, sebaliknya memberi ruang untuk dirinya melalui dugaan ini.
Tiada apa yang saya boleh cakap tentang itu sebab saya seorang saja yang lalui dan faham. Saya tiada apa-apa kenyataan, tiada perkataan untuk gambarkan apa yang saya sedang lalui.
Tapi apa yang saya harapkan adalah orang doakan yang baik-baik. Jangan hakimi saya atas apa yang saya lalui sebab segalanya adalah satu proses yang saya sendiri pun tak sepenuhnya dapat hadam lagi.
Saya perlukan masa untuk proses benda ni.
Mengulas lanjut mengenai kapsyen pada hantarannya yang seolah-olah menggambarkan dia kini menjadi diri sendiri, Julia menjelaskan bahawa perkongsian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan perubahan penampilannya.
Itu perspektif masing-masing tapi sebenarnya konteks gambar dengan kapsyen itu berbeza.
Kapsyen itu lebih kepada tentang diri saya sendiri tapi tiada kena mengena langsung dengan penampilan.
Segala yang saya sedang lalui pun orang boleh hakimi, orang boleh persoalkan. Tapi saya tak pernah nak terangkan dekat semua orang apa yang saya lalui.
Julia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Astro 30 Thank You Malaysia di TGV Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Julia Farhana tak kemurungan

Julia turut mengakui dia tidak terlalu mengambil hati terhadap pandangan orang ramai terhadap dirinya. Malah menganggap itu adalah lumrah yang perlu dilalui sebagai seorang anak seni.
Saya okay dengan apa saja yang berlaku sebab ia adalah platform awam. Apa-apa pun yang saya buat, orang akan hakimi. Itu adalah lumrah yang saya tak boleh nak ubah.
Saya okey sebab saya tahu kadang-kadang apa yang orang fikirkan pasal saya tu bukan diri saya yang sebenarnya.
Mungkin itu berdasarkan pengalaman mereka sendiri, dan mungkin ia mempersoalkan pilihan hidup, cara saya buat keputusan.
Sementara itu, Julia menafikan tanggapan segelintir individu yang mendakwa dirinya mengalami kemurungan susulan pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupannya sejak kebelakangan ini.
Alhamdulillah saya okay, tak kemurungan. Perasaan sedih itu normal. Saya rasa setiap manusia yang melalui sesuatu yang sangat mengejutkan. Saya juga akan lalui satu proses di mana perlu terima apa yang berlaku.
Daripada hidup berdua sekarang hidup seorang. Saya dah sendirian selama tujuh bulan yang lalu. Apa saja yang saya buat kena fikir seorang.
Saya belum habis hadam apa yang terjadi dalam perkahwinan saya, tiba-tiba kena fikir pasal kerjaya, pasal hidup. Saya tak depresi, tapi sedih sebab saya manusia.
Untuk rekod, Julia mula tampil berhijab sekitar Mac 2023 dan beberapa bulan selepas itu dia pernah berkongsi bahawa menerima banyak tawaran lakonan selepas berhijrah dengan imej baharu berkenaan.
Bagaimanapun, pada Mei lalu Julia mengulang siar atau ‘repost’ sebuah video yang dimuat naik oleh sebuah klinik kecantikan ketika dirinya sedang menjalani rawatan di premis berkenaan sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada dia sudah kembali kepada imej lamanya atau sebaliknya.







![[VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-25.jpg)
