Penyanyi dan pelakon, Kael membuat kejutan istimewa apabila memilih untuk melamar kekasihnya, Engku Sulwani sebagai isteri hari ini.

Artikel Berkaitan: Peluk Islam Sejak 3 Ogos, Kael Pilih Maulidur Rasul Umum Perjalanan Baharu – “Saya Melalui Banyak Perkara Sehingga…”

Lamar sebagai isteri 

Ketika ditemui OhBulan!, Kael atau nama lengkapnya Michael Lean Chien memilih tarikh hari lahir Engku Sulwani sebagai detik istimewa.

Kael juga membuat kejutan dengan membawa  sejambak bunga ros merah dan cincin sebelum melutut untuk melamar.

Sebenarnya saya dah rancang kejutan untuk melamar dia sudah enam bulan. 

Hari ini adalah hari istimewa untuk saya sebab saya dah memilih untuk melancarkan lagu dan juga hari ini adalah hari jadi dia.

Jadi saya rasa dia dah banyak mendampingi saya dan saya nak buat sesuatu yang istimewa buatnya.

Menurut Kael, setakat ini mereka berdua masih belum memutuskan tarikh hari bahagia, namun merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Buat masa sekarang belum ada lagi tarikh perkahwinan. Sebab kami nak step by step perancangan itu.

Insya-Allah kita doakan semua perancangan kami berjalan lancar, jadi perkahwinan akan berlangsung tahun hadapan.

Tambah Kael, sebelum lamaran tersebut dilakukan, dia sudah bertemu dengan ibu bapa serta keluarga Engku Sulwani untuk memohon restu.

Saya sebenarnya sudah ke Kelantan untuk mohon restu pada ayah, bonda dan keluarga dia. Mereka juga sudah pun merestui kami.

Dalam pada itu, Engku Sulwani mengakui sama sekali tidak menyangka akan dilamar semasa ulang tahun kelahirannya.

Saya terkejut, saya ingat mungkin tahun depan atau mana-mana tarikh sebab saya memang tak sangka, saya pun tak suka kejutan. 

Tapi dia pilih hari ni juga untuk buat kejutan. Jadi saya gembira untuk bergelar isterinya.

Sementara itu, Kael juga berkongsi mengenai cincin lamarannya iaitu sebentuk cincin berlian dua karat yang dipilih khusus buat wanita yang dicintainya.