![[VIDEO] Kanak-Kanak Hidap Kanser Luah Hasrat Ke Rembayung & Bertemu Khairul Aming, Netizen Sanggup ‘Battle’ Slot](https://asset.ohbulan.com/2026/08/rembayung.jpg)
Seorang kanak-kanak meluahkan hasratnya untuk menikmati makanan di restoran milik personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming iaitu Rembayung.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Disangka ‘Flop’ Selepas Video Raih Tontonan Rendah, Ini Jawapan Tuan Badan – ‘Saya Nak Buat Experiment..’
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Tolak Cadangan Guna Nombor IC Untuk Tempahan Restoran – ‘Itu Data Peribadi Pelanggan’
Mahu ke Rembayung
Menerusi hantaran di TikTok, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Raif Iman itu, menyatakan keinginannya kepada Khairul Aming.
Menurut kanak-kanak berusia enam tahun itu, dia merupakan seorang pesakit kanser dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Boleh tak saya nak pergi ke sana, saya teringin sangat nak pergi ke Rembayung tapi selalu ramai orang.
Saya nak jumpa abang Khairul Aming dekat sana. Saya teringin sangat nak makan.
Saya ada di hospital kerana sakit kanser.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir warganet yang mahu memenuhi hasrat Iman dengan menawarkan diri untuk menempah satu sesi di restoran tersebut.
Dalam masa sama, mereka turut mendoakan agar Iman kembali sembuh dari penyakitnya.
Sementara itu, ibu kepada Iman tampil mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan warganet yang mahu membantu mendapatkan satu sesi di Rembayung.
Bagaimanapun, wanita itu meminta orang ramai untuk tidak berbuat demikian semata-mata demi Iman berikutan dia berkemungkinan tidak dapat mengunjungi restoran tersebut pada waktu yang ditetapkan kerana perlu menjalani sesi rawatan di hospital.
Saya ucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan kesudian anda untuk bantu dapatkan slot di Rembayung, saya sangat hargai.
Mohon juga tuan/puan tidak battle semata untuk dapatkan slot Iman. Tiada niat lain video ini hanya nak penuhi impian Iman.
Iman sedang jalani rawatan kimo, risau jika slot dapat, Iman tak dapat hadir atas faktor kesihatannya.
Doakan Iman cepat sembuh dan jalani rawatan dengan jayanya. Terima kasih sekali lagi kepada semua. Semoga dipermudah urusan semua.
Sumber: TikTok Inadia_19






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
