Kepulangan suami kepada personaliti media sosial Mua Bellaz dari menyertai himpunan pemilik dan peminat motosikal RXZ Members 8.0 telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Anak Ditawar Sertai Program Realiti, Mua Bellaz Terpaksa Tolak – ‘Belum Masanya, Biar Dia Nikmati Zaman Kanak-Kanak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] MUA Bellaz Jemput Orang Kampung & Followers Ke Rumah Terbuka, Netizen Kagum – ‘Hebat Rezeki Allah Bagi’

Kepulangan Mat Nuart

Menerusi perkongsian semula di Threads, kelihatan Anuar Ahmad atau Mat Nuart sedang menunggang motosikal memasuki kawasan rumahnya.

Difahamkan Mat Nuart menyertai himpunan tersebut selama tiga hari di Gong Badak, Terengganu yang berakhir semalam.

Paling mengujakan adalah apabila Bellaz merakamkan kepulangan suaminya itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok sehingga mencecah lebih 100 ribu tontonan.

Dari siaran langsung tersebut kedengaran suara Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini serta anak-anak yang sangat teruja menanti kepulangan Mat Nuart.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat reaksi dan gelagat Bellaz serta anak-anaknya.

Dalam masa sama, mereka turut memuji Mat Nuart yang menyertai himpunan permotoran tersebut atas dasar minat dan bukan tujuan lain, selain keperibadiannya yang sentiasa mendahulukan isteri.

Sumber: Threads