Tindakan personaliti media sosial dan usahawan, Mua Bellaz yang sudi menghadiahkan barangan keperluan sekolah berjenama kepada rakan-rakan anaknya telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lebih 100k Tonton ‘Live’ Suami MUA Bellaz Pulang Dari RXZ Members 8.0

Artikel Berkaitan: Anak Ditawar Sertai Program Realiti, Mua Bellaz Terpaksa Tolak – ‘Belum Masanya, Biar Dia Nikmati Zaman Kanak-Kanak

Keperibadian Bellaz

Menerusi perkongsian semula di Threads, anak lelaki Bellaz iaitu Ean Yusuf, dilihat memberikan hadiah tersebut kepada rakan-rakan sempena sambutan hari lahirnya yang keenam tahun di sekolah.

Kanak-kanak itu kelihatan ceria dan gembira, malah ada yang berpelukkan dengan Yusuf selepas menerima hadiah tersebut.

Sementera itu, keperibadian Bellaz yang sudi berkongsi rezeki telah meraih pujian warganet yang turut sebak melihat momen Yusuf bersama rakan-rakannya.

Bagus sungguh Bellaz ni, dia tahu bukan semua ibu bapa mampu beli barang-barang Smiggle.

Sebak pula tengok anak-anak tu semua seronok dapat hadiah masa hari lahir Yusof.

Antara manusia yang tak menunjuk kaya dan disenangi semua orang.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Bellaz sebagai seorang yang pemurah kerana telah menggembirakan kanak-kanak yang mungkin tidak mampu membeli barangan sekolah daripada jenama tersebut.

Sumber: Threads