![[VIDEO] ‘Rapat Tak Semestinya Wajib Jadi Bridesmaid, Mereka Ada Tanggungjawab Lain’ – Bella Astillah](https://asset.ohbulan.com/2026/09/bella-astilah.jpg)
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berasa yakin pemilihan pengiring pengantin (bridesmaid) untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada Oktober depan tidak membuatkan kenalannya terluka bahkan berkecil hati dengannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Pilih Bridesmaid Berdasarkan Persahabatan Tulus – ‘Hubungan Paling Ikhlas Tak Semestinya Paling Visible’
Pemilihan bridesmaid

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata kenalannya lebih memilih untuk mendoakan kebahagiaan untuknya berbanding menjadikan hal itu sebagai sesuatu yang besar.
Alhamdulillah, sebab saya rasa di usia sekarang kita semua fokus nak cari rezeki masing-masing.
Dah tiada istilah (sentap) macam itulah.
Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai minuman TRUEDAN di pusat membeli-belah IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.
Menurut Bella, kenalan rapat tidak semestinya perlu dijadikan sebagai bridesmaid kerana masing-masing mempunyai komitmen tersendiri.
Ada yang saya jemput tetapi tak dapat nak beri komitmen kerana mereka ada komitmen dan kehidupan masing-masing. Ada yang hanya boleh datang waktu majlis pernikahan nanti.
Saya tiada masalah kerana semua kawan-kawan rapat. Tetapi walaupun rapat tak semestinya mereka wajib jadi bridesmaid sehingga kita lupa mereka pun ada tanggungjawab lain.
Saya hormat saja. Jangan risau yang jadi bridesmaid saya sekarang pun memang baik dengan saya.
Ketika ditanya sama ada sukar untuk membuat pemilihan bridesmaid kerana bimbang ada yang berkecil hati, Bella meluahkan rasa syukur kerana masing-masing memahami dan menghormati keputusannya.
Pada awalnya susah tapi alhamdullilah ramai orang di sekeliling saya semua lebih dewasa dan tiada masa untuk berfikir tentang terasa tetapi lebih kepada mendoakan bila tengok orang lain bahagia.
Sebelum ini, hangat di media sosial apabila netizen mempertikaikan pemilihan bridesmaid yang dibuat oleh Bella.
Netizen mendakwa kalangan bridesmaid sepatutnya terdiri daripada rakan artis yang popular.







