![[VIDEO] Ryzal Ibrahim & Maryam Lawat Ayunie Di Hospital – ‘Jarang Tengok Dia Sakit Sampai Tahap Ini’](https://asset.ohbulan.com/2026/06/ryzal2.jpg)
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsi keadaan terkini usahawan, Anes Ayunie yang sebelum ini dikhabarkan mengalami komplikasi placenta accreta selepas bersalin.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Kongsi Ayunie Alami Komplikasi ‘Placenta Accreta’ – ‘Pakar Terpaksa Lakukan Pembedahan Kali Kedua & Buang Rahim’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayunie Alami Kejadian Aneh, Makanan Sampai Ke Rumah Tanpa Dipesan – ‘Takut Orang Hantar Yang Bukan-Bukan’
Perkongsian Ryzal
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim memuat naik video ketika dia dan isteri, Maryam You Narae sedang melawat Ayunie di sebuah pusat perubatan.
Ryzal juga menyifatkan Ayunie sebagai seorang wanita yang kuat menghadapi ujian tersebut dan bertuah kerana sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yang menyayanginya.
Berat ujian Ayunie kali ini. Jarang tengok dia sakit sampai tahap ini.
Dari zaman dia naik turun bisnes pun tak seteruk ini.
Kuat betul adikku seorang ini, nasib baik ada suami yang baik, kakak yang prihatin dan kawan-kawan lain yang sentiasa ada susah dan senang dia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan agar Ayunie diberi kesembuhan daripada masalah kesihatan yang dialaminya.
Terdahulu, bekas abang ipar Ayunie, Iqbal Zulkefli tampil berkongsi tentang keadaannya dengan memaklumkan bahawa doktor terpaksa membuang rahimnya berikutan pendarahan yang serius selepas berdepan dengan situasi yang mengancam nyawa.
Sumber: Threads




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
