Pelakon, Catriona Ross mengakui akan mengambil tindakan yang sama seperti rakan seperjuangannya, Fasha Sandha, sekiranya berdepan dengan situasi pelakon yang kerap hadir lewat ke set sehingga mengganggu kelancaran kerja.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Restoran Itu Tak Sedap Pada Kita, Tak Perlu Tulis Secara Terang-Terangan’ – Catriona Ross

Artikel Berkaitan: ‘Tanpa Sedar Anak Istimewa Jadi Guru Terbaik Dalam Dalam Hidup Saya’ – Catriona Ross

Setuju

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 45, berkata dia memahami situasi yang dihadapi Fasha apabila terpaksa menunggu berjam-jam di set penggambaran atas kelewatan orang lain.

Ujarnya, kelewatan yang berterusan akan mengganggu proses kerja sekali gus menjejaskan keharmonian di set penggambaran.

Itu sesuatu yang saya akan buat juga kalau jika sudah melampau. Kalau sekali dua mungkin saya akan bisikkan pada penerbit dan pengarah sebab itu tugas mereka.

Tapi kalau lama-kelamaan macam sama seperti situasi Fasha, saya faham dia punya rasa jengkel tu sebab kita pun ada perancangan sendiri.

Kita berkorban masa, tinggal rumah seawal mungkin untuk pergi set penggambaran tepat pada waktunya.

Kemudian apabila sudah sampai kat sana terpaksa menunggu berjam-jam. Saya rasa semua pelakon akan buat begitu sekiranya berdepan situasi sama.

Mengulas lanjut, Catriona berkata setiap pelakon perlu menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik serta menghormati komitmen semua pihak yang terlibat dalam sesebuah produksi.

Fasha sudah berkorban masa dan dia hormati masa yang diberikan.

Jadi bila kita bekerja dengan orang yang tidak menghormati waktu, memang akan menjadi satu isu pada kita sebenarnya.

Benda tu tak boleh nak harmoni dekat set kalau kita menyimpan perasaan tak puas hati. Kadang-kadang mungkin kita suarakan pada penerbit tak endah.

Jadi untuk menyenangkan kerja kita, mungkin kita sendiri yang terpaksa bercakap dengan individu tersebut.

Saya tak rasa salah, sebab kalau saya di tempat Fasha, saya akan buat benda sama kalau berlaku berulang kali.

Terdahulu, Fasha meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang tidak didedahkan identiti, didakwa kerap hadir lewat ke lokasi penggambaran sehingga mengganggu jadual produksi.