Pelakon Julia Farhana memaklumkan bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Artikel Berkaitan: ‘Selfie’ Julia Farhana Berkemban Curi Perhatian, Netizen Titip Doa

Artikel Berkaitan: ‘Mesti Ada Pasang Surut’ – Dr Che Hafiz Nafi Rumah Tangga Bersama Julia Farhana Bergolak

Failkan penceraian

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Julia Farhana Marin, 32, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai punca kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya bersama suami.

Saya rasa semua orang sudah tahu bahawa pada ketika ini saya sedang melalui sesuatu dalam rumah tangga saya.

Saya tetap dengan pendirian saya untuk tak nak cerita apa-apa sebab ianya boleh membawa kepada masalah atau pertikaian.

Julia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Astro 30 yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur, pada Khamis.

Ujar Julia lagi, mereka sudah tujuh bulan tidak tinggal sebumbung dan dia kini dalam proses menyediakan dokumen berkaitan permohonan perceraian.

Saya dah tujuh bulan kami tak berjumpa dengan dia selepas hampir setahun berpisah.

Saya akan failkan cerai tapi ianya masih dalam proses sebab banyak dokumen perlu diselesaikan.

Mengulas mengenai perpisahan mereka, Julia menjelaskan keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama. Bagaimanapun, hubungan mereka masih berada dalam keadaan baik.

Kami berpisah persetujuan bersama, jadi kami berdua okay saja.’

Kami masih profesional and saya rasa walaupun dah membawa haluan masing-masing, cuma sekarang tengah tunggu proses, itu sahaja.

Dalam pada itu, pelakon drama Takdir Cinta Terlarang ini berharap urusan perceraian tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan sebarang salah faham terhadap kedua-dua pihak.

Status kami masih suami isteri, belum lagi sah lafaz cerai. Saya harap benda ini akan selesai secepat mungkin supaya tak timbul salah faham terhadap saya atau dia.

Ini adalah keputusan muktamad dan saya harap dia akan bagi kerjasama yang baik jadi saya boleh teruskan dengan kehidupan saya.

Sementara itu, Julia mendedahkan keluarganya masih belum mengetahui mengenai situasi rumah tangga yang sedang dilaluinya.

Sehingga sekarang, keluarga saya tak tahu lagi. Mereka hanya dengar khabar angin dan melihat dari media sosial. Saya belum beritahu mereka lagi.

Saya pun tak bercakap dengan keluarga dia (mentua) lagi dah lama tak jumpa.

Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila Julia dan Dr Che Hafiz dilihat sudah memadam semua foto bersama di media sosial sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Malah, pasangan itu juga didakwa sudah tidak lagi saling mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.

Sebelum ini, Dr Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.