![[VIDEO] ‘Saya Suka Tengok Live Ameng Spring, Rasa Macam Apa Yang Dia Cakap Itu Memberi Iktibar’ – Aliff Syukri](https://asset.ohbulan.com/2026/05/aliff-9.jpg)
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi bahawa kini dia semakin mengikuti perkembangan penyanyi Ameng Spring, yang menurutnya banyak memberi inspirasi dalam kehidupan seharian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Asyraf Wajdi Dusuki Boleh Bimbing Saya, Mungkin Angan-Angan Jadi Realiti’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: Mahkamah Perintah Aliff Syukri Bayar Ganti Rugi RM250,000 Kepada Abdul Kadir
Suka tengok live Ameng
Menerusi perkongsian video di TikTok, Aliff, 38, berkata sejak kebelakangan ini dia gemar menonton siaran langsung Ameng di media sosial kerana merasakan setiap perkongsian yang disampaikan membawa mesej yang bermakna.
Sebenarnya saya tak tahulah semenjak dua menjak ini, saya jadi minat pula dengan Ameng Spring.
Kalau video dia masuk atau live dia, saya memang tengok.
Sebab bila kita dengar apa yang dia ceritakan, kita rasa macam menghargai hidup kita.
Kita rasa macam kita perlu buat kebaikan, jangan buat benda tak elok.
Cerita dalam penjara

Dalam pada itu, Aliff menyifatkan pengalaman hidup Ameng, termasuk kisah silam dan perjalanan hidupnya, sebagai satu pengajaran berguna khususnya kepada golongan muda.
Saya rasa apa yang dia cakap itu memberi iktibar kepada anak-anak muda.
Jangan buat benda tak elok sebab pengalaman dekat penjara memang orang tak reveal.
Tapi dia selamba cerita dia kerja kat penjara, dan dia cerita juga kebaikan isteri dia.
Dia tak belagak dengan orang.
Ujarnya lagi, dia merasakan perjalanan kehidupan penyanyi berkenaan mempunyai dorongan positif yang membuatkan dirinya lebih mensyukuri kehidupan.
Saya rasa setiap kali video dia memberi inspirasi untuk menghargai kehidupan.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
