![[VIDEO] ‘Setelah Sekian Lama Tak Jumpa, Akhirnya Dapat Juga Saya Peluk & Cium Ibu’ – Kak Nona](https://asset.ohbulan.com/2026/08/kak-nona2.jpg)
Usahawan Kak Nona, meluahkan rasa syukur apabila dapat bertemu dengan ibu tercinta, yang juga pelakon Normah Damanhuri setelah sekian lama tidak berjumpa.
Artikel Berkaitan: Kak Nona Rindu Anak, Harap Dapat Disatukan Tanpa Jarak – ‘Rindu Ini Belum Habis Terubat…’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Nafi Buka Pekung Kisah Rumah Tangga Kak Nona – ‘Kenapa Saya Dipersalahkan’
Bertemu ibu tercinta
Menerusi hantaran di TikTok, Kak Nona atau nama sebenarnya Rose Azlina Rosli, 51, memuat naik video pertemuannya bersama ibu di sebuah restoran.
Kedua-dua mereka dilihat memeluk erat melepaskan kerinduan dan Normah juga mengalirkan air mata selepas bertemu anaknya itu.
Menurut Kak Nona, pertemuan itu amat bermakna baginya kerana mereka sebelum ini tidak dapat bersua muka berikutan sedang berdepan dengan fasa sukar.
Pelukan yang dirindui.
Setelah sekian lama tak berjumpa, selepas melalui begitu banyak dugaan. Akhirnya hari ini dapat juga saya peluk dan cium ibu tercinta.
Alhamdulillah Ya Allah, Kau izinkan ku bertemu dan memeluk ibuku hari ini.
Mak, kasih sayangmu akan sentiasa jadi tempat untuk saya pulang.
Dalam masa sama, Kak Nona juga menyifatkan pertemuan tersebut sebagai salah satu momen paling berharga baginya kerana dapat kembali ke pangkuan ibu.
Tak ada kata yang mampu gambarkan rasa bahagia bila dapat kembali dekat dengan insan yang kita sayang.
Peluk mak kuat-kuat, cium tangan dan wajahnya sebab kita tak pernah tahu berapa lama lagi Allah pinjamkan waktu untuk kita bersama.
Sumber: TikTok






