Sepasang suami isteri tidak dapat menahan sebak apabila anak perempuan mereka berjaya menamatkan pengajian diploma dengan cemerlang.

Artikel Berkaitan: ‘Segala Kejayaan Kami Adalah Doa Dari Mak Ayah’ – Sebak Bila 12 Beradik Berpakat Hadiahkan Mak Ayah Kereta

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Tidak Jadikan Kesusahan Sebagai Alasan’ – Ucapan Graduan UMT Untuk Ibu Bapa Di Majlis Konvokesyen Undang Sebak

Sebak

@kaartik_rk

My daughter’s convo 2026…. Myself may destined as influencer but my kids have their own path…. #kaartik_rk #rekkaartik #learnfrmrk #aksomalaysia #goodvibes

♬ original sound – K Kaartik Krishnan – K Kaartik Krishnan

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita dikenali Kaartik, anak perempuan mereka turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi program Diploma in Policing and Investigation.

Suaminya yang terharu dengan kejayaan anaknya menyifatkan momen itu sebagai detik paling berharga dalam hidupnya.

Katanya, dia tidak berkesempatan untuk menghadiahkan kegembiraan sebegitu kepada ibu bapanya suatu ketika dahulu.

Semasa dia naik pentas, rasa sedih sebab saya tidak pernah bagi ibu bapa saya saat-saat ternilai seperti ini.

Sekarang anak saya bagi saat-saat seperti ini.

Malah, katanya lagi, kejayaan anaknya itu membuktikan bahawa tanggapan segelintir pihak terhadap mereka sebagai pencipta kandungan sama sekali tidak menjejaskan nilai pendidikan dan pencapaian anaknya.

Tiada perkataan yang nak ucap sebab kita berdua di media sosial biasanya orang akan ada tanggapan salah terhadap anak-anak mereka.

Tapi hari ini anak saya buktikan tanggapan mereka salah.

Sumber: TikTok