Penyanyi dan pelakon Nabila Razali terpaksa menolak satu tawaran komersial yang memerlukannya bergandingan bersama anak selepas tidak mendapat keizinan daripada suaminya, Nik Iruwan Nik Izani.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Nafi Dakwaan Kurangkan Berlakon Sebab Dah Kaya

Artikel Berkaitan: Nabila Razali Akui ‘Kaki Karaoke’ – ‘Tempat Nak Menjerit & Berangan Macam AJL… Boleh Nyanyi Lagu Ziana Zain’

Nabila Razali hormat keputusan suami

Ketika ditemui OhBulan!, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 34, berkata dia bagaimanapun menghormati keputusan suaminya dan memahami bahawa setiap keputusan yang dibuat pasti mempunyai alasan tersendiri.

Hari itu ada satu tawaran tapi suami tak benarkan. Saya faham je dan hormat keputusan suami. Apa sahaja keputusan dia, saya tahu mesti ada sebabnya.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Pematah Hati ini menjelaskan bahawa permintaan untuk menampilkan pasangan ibu dan anak dalam sesebuah projek sememangnya perkara biasa dalam industri seni.

Jadi macam saya sendiri, dah hidup dalam industri ini kalau artis dah ada anak, mesti klien nak gandingan ibu dan anak.

Saya faham dan hormat permintaan daripada pihak klien. Selalunya mereka (klien) akan bertanya dulu sama ada saya okay atau tidak.

Saya jelaskan keputusan kami dan cadangkan guna ‘double’. Pihak mereka pun okay dan benda ini tidak jadi isu.

Mengulas mengenai perkara itu, Nabila menjelaskan bahawa dia dan suami memilih untuk menjaga privasi anak serta belum bersedia mendedahkannya kepada dunia penggambaran buat masa ini.

Bagi saya sebab privasi, kedua mungkin belum tiba masa untuk dedahkan anak dengan penggambaran dan sebagainya.

Saya tidak lah kata tak nak langsung, cuma buat masa sekarang belum lagi.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan pada November 2023. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Nik Muhammad yang dilahirkan pada 23 Disember 2024.