Meskipun sudah lima bulan pemergian anak tercinta, namun perit kehilangan dan kerinduan terhadapnya masih dirasakan oleh pelakon, Amyza Adnan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyza Aznan Puji Shahida, Syukur Atas Pertolongan – ‘Kebaikan Dia Memang Antara Dia & Allah Yang Tahu’

Artikel Berkaitan: Jenazah Andre Mikhail Selamat Dikebumikan, Rakan Sebaya Usung Hingga Ke Liang Lahad

Rindu pada anak

Menerusi perkongsian di Threads, Amyza, 50, memuat naik video memaparkan dia sedang menjalani penggambaran.

Bagaimanapun, kapsyen yang ditulis Amyza pada hantaran tersebut telah meruntun perasaan ramai apabila dia menyatakan kerinduan terhadap anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail.

Hello, Assalamualaikum Andre Mikhail. Sudah lima bulan mummy telefon dan teks Andre tapi tak jawab.

Mummy rindu anak.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dan berkongsi kisah yang sama apabila mereka kehilangan orang yang tersayang.

Untuk rekod, Allahyarham Andre Mikhail, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 23 Februari lalu.

Dalam pada itu, Amyza dan keluarga sekali lagi diuji apabila anak keduanya, Andrian Adam turut disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu.

Sumber: Threads