![[VIDEO] Susu Pisang Nilofa Kembali, Neelofa & Noor Nabila Lantik 50 Rakan Niaga – ‘Tidak Seperti Dahulu Banyak Stokis & Agen’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/neelofaa.jpg)
Selepas berehat kira-kira lima tahun, usahawan dan pengacara, Neelofa dan kakaknya, Noor Nabila kembali memperkenalkan semula susu pisang jenama Nilofa di pasaran dengan melantik 50 rakan niaga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Perlu Ada Pengumuman’ – Neelofa Ulas Isu Kehamilan Anak Ketiga
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Bakal Kahwin Dengan Ameer Aiman Tahun Ini – ‘Tengah Buat Persiapan’
Susu pisang Nilofa

Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama Noor Neelofa, 37, berkata kemunculan semula susu pisang Nilofa didorong oleh beberapa faktor positif yang akhirnya membuatkannya yakin untuk kembali mengembangkan perniagaan susu yang sememangnya digemari ramai itu.
Pelancaran pertama susu pisang ini pada November 2019. Production terakhir mungkin pada tahun 2021.
Kita lancar produk itu beberapa bulan sebelum COVID dan kemudian berlaku pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Banyak cabarannya sebab tak boleh nak bergerak ke sana ke sini.
Selepas dua tahun tak boleh nak teruskan dengan kos jadi kami memilih untuk berhentikan produksi.
Tak terfikir untuk comeback tetapi alhamdulillah dapat banyak sebab yang positif untuk buat semula.
Kata Neelofa, dengan kembalinya susu pisang Nilofa ke pasaran, mereka menyasarkan jualan sekitar 4 juta unit menjelang penghujung tahun 2026.
Sementara itu, Noor Nabila berkata pemilihan seramai 50 rakan niaga itu dibuat berdasarkan pengalaman, rangkaian pasukan, modal, etika perniagaan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Dari semasa ke semasa kita filter dan pantau mereka punya prestasi kerana kita hanya mahu bekerja dengan rakan niaga yang komited selain berkembang bersama.
Tidak seperti dahulu yang banyak sangat stokis dan agen, pada kali ini kita mementingkan kualiti dan juga kuantiti.
Jelas Nabila, selaku pengeluar, mereka tidak akan menjual secara terus di pasaran sebaliknya akan mengedarkannya secara terus kepada rakan niaga yang telah dilantik.
Bila kita ada rakan niaga maksudnya ibu pejabat (HQ) tidak menjual terus kepada pengguna. Jadi apa sahaja yang kita keluarkan akan dikeluarkan melalui rakan niaga.
Mereka perlu mengambil peluang ini untuk membina pasaran dan pendapatan sendiri.
Di bawah rakan niaga ini sebenarnya ada ramai stokis tetapi yang berdaftar dengan kita hanya 50 orang.
Tidak hanya itu, mereka turut memberi tumpuan kepada pasaran luar negara, khususnya Singapura dan Brunei.
Malah, produk berkenaan bakal dipamerkan di Bali menerusi kerjasama bersama SME Corp pada awal September ini.








