Prosiding lafaz cerai pelakon dan usahawan Syida Melvin yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis ditangguhkan pada 12 Ogos berikutan plaintif dalam keadaan tidak suci.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syida Melvin Nafi, Kesal Terkait Isu ‘Influencer’ Didakwa Minta Peniaga Belanja 18 Orang Makan

Artikel Berkaitan: ‘Carilah Duit Sendiri, Suatu Hari Kamu Mungkin Perlu Kekuatan..’ – Syida Melvin ‘Repost’ Pesanan Untuk Anak Perempuan

Syida Melvin tak suci, lafaz cerai tangguh

@ohbulanofficial

Prosiding lafaz cerai pelakon dan usahawan Syida Melvin yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis ditangguhkan pada 12 Ogos berikutan plaintif dalam keadaan tidak suci.#ohbulan #kinitrending

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Menurut peguam syarie yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah ketika ditemui OhBulan!, pihak defendan iaitu Syafiq Azim telah bersetuju untuk melafazkan cerai selepas perkara berkaitan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) diselesaikan.

Alhamdulillah hari ini kita sudah selesaikan laporan JKP tapi ada pihak defenden ada mengutarakan pendirian mereka yang dia bersetuju untuk melafazkan cerai.

Namun kes ini terpaksa ditangguhkan pada 12 Ogos untuk tarikh pihak defendan lafazkan cerai kerana Syida dalam keadaan tidak suci (haid).

Alhamdulillah kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sementara itu, Syida mengakui tidak pernah menjangkakan rumah tangga yang dibina hampir tujuh tahun bersama suami berakhir dengan perpisahan.

Namun, dia reda dengan ketentuan Allah SWT dan percaya keputusan tersebut adalah jalan terbaik untuk kedua-dua pihak.

Saya pun tak sangka (penceraian) perkara ini akan berlaku tetapi semuanya sudah tertulis.

Bagi saya, rumah tangga kami sudah tidak boleh diselesaikan. Lama juga saya simpan rahsia ini tapi lama-kelamaan saya tidak mampu untuk terus berahsia.

Mungkin isu yang viral tempoh hari (perkongsian di media sosial) adalah kerana emosi sebab mengenangkan apa yang berlaku pada saya dan anak-anak.

Pada Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 

Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.