![[VIDEO] Tahi Mata Boleh Jadi Punca Solat Tak Sah, Ini Penjelasan Imam Mohamad Zaid](https://asset.ohbulan.com/2026/08/tahi-mata.jpg)
Ramai mungkin menganggap tahi mata sebagai perkara kecil yang tidak perlu diberi perhatian namun mampu memberi kesan terhadap kesempurnaan wuduk.
Artikel Berkaitan: Menangis Boleh Batalkan Wuduk? Ramai Masih Keliru Tentang Hukumnya
Artikel Berkaitan: Hukum Ambil Wuduk Pakai Tuala Mandi, Ramai Rupanya Buat
Tak sah solat dengan tahi mata?
Menerusi perkongsian di TikTok, Imam Mohamad Zaid Mohamad Amran menjelaskan bahawa kewujudan tahi mata yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan wuduk seseorang tidak sempurna.
Menurutnya, tahi mata yang mengeras selepas bangun tidur boleh menjadi lapisan yang menghalang air daripada terkena bahagian kulit ketika berwuduk.
Bila kita bangun daripada tidur, kemudian kita ambil wuduk macam biasa.
Kita nampak semuanya macam dah sempurna tapi hakikatnya wuduk kita boleh jadi tak sah.
Sebab ada tahi mata. Ramai sebenarnya yang terlepas pandang perkara ini ketika ambil wuduk.
Tahi mata yang dah mengeras boleh menjadi sesuatu yang menghalang air daripada sampai ke kulit.
Dalam pada itu, Imam Mohamad Zaid menjelaskan bahawa membersihkan kedua-dua belah mata ketika berwuduk menjadi wajib sekiranya terdapat kotoran yang menghalang air daripada sampai ke kulit.
Dalam kitab majmuk disebutkan bahawa membersihkan kedua-dua mata hukumnya sunat. Jika ada kotoran yang menghalang, maka hukum membersihkan mata adalah wajib.
Sumber: TikTok @GengMKN





![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)

