Seorang pempengaruh menyeru umat Islam agar berhenti menormalisasikan ibadah umrah sebagai sebuah percutian.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Satu Keluarga & 60 Pekerja Berangkat Tunai Umrah

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bawa Keluarga Pergi Umrah Sambil Bercuti, Semuanya RM120K’ – Bella Park

Mekah bukan tempat untuk

@thediyjuju

The greatest journey isn’t the one that takes you to Makkah. . It’s the one that brings you closer to Allah :). . Note ➡️ The real success of Umrah isn’t measured by how beautiful it looked, but by how deeply it changed you ‼️✈️🕋 . May our hearts seek the transformation more than the experience, and the pleasure of Allah more than the memories we capture 🙏🏻✨

♬ original sound – thediyjuju – thediyjuju

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Thediyjuju menyifatkan umrah sebagai satu ujian.

Menurutnya, setiap individu akan melalui pelbagai ujian ketika menunaikan umrah di samping memperbanyakkan amal ibadah sepanjang berada di tanah suci.

Boleh tak kita berhenti meromantiskan umrah?

Umrah bukan tempat untuk kita berbangga. Ia bukan tentang berapa bintang hotel yang kita menginap atau barangan mewah yang dibeli.

Ia juga bukan tentang gambar tawaf yang sempurna atau percutian yang indah. Hakikatnya, umrah adalah satu ujian. Ujian disiplin, kesabaran dan ihsan.

Umrah mengajar kita mengawal amarah ketika lautan manusia benar-benar menguji kesabaran. Kepala ditolak, badan dihimpit, kerusi roda melanggar kaki. Semua itu adalah sebahagian daripada ujian.

Umrah juga mengajar kita memilih ibadah walaupun tubuh keletihan. Menutup aplikasi telefon ketika nafsu mahu terus scroll media sosial.

Ia tentang terus berdoa walaupun hati terasa kosong. Menyempurnakan sai walaupun tumit terasa seperti mahu tercabut kerana terlalu penat.

Ia tentang bangun bertahajud pada pukul 2 pagi ketika badan masih merayu untuk terus tidur.

Ia tentang membuka al-Quran walaupun hati berkata, “Nanti dulu.”

Tambahnya, ibadah umrah merupakan satu proses untuk meninggalkan versi lama diri dan membentuk peribadi yang lebih baik.

Selain itu, Thediyjuju turut menitip pesanan agar setiap individu tidak meninggalkan tanah suci sebagai insan yang sama ketika melangkah masuk ke tanah penuh keberkatan itu.

Semua ini adalah proses untuk membuang versi lama diri kita, sedikit demi sedikit.

Umrah bukan tentang mencari keselesaan, tetapi tentang kembali kepada tujuan sebenar kehidupan.

Jangan tinggalkan Mekah sebagai insan yang sama seperti ketika kita melangkah masuk ke tanah sucinya.

Sumber: TikTok @thediyjuju