![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)
Ucapan yang diberikan oleh usahawan Datuk Red ketika majlis persandingannya baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Setiap Hari Dia Cakap Abang Nak Bayar Hutang, Dari Pagi Sampai Malam Berniaga’ – Isteri Datuk Red
Artikel Berkaitan: Datuk Red Sah Bergelar Suami Kepada Usahawan Rohanita
Ucapan Datuk Red
Menerusi perkongsian di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir semasa majlis resepsi tersebut.
Terima kasih semua kerana hadir pada majlis hari ini meraikan perkahwinan saya dan isteri.
Doakan perkahwinan saya ini berpanjangan dan saya dah boleh fokus untuk tanggungjawab saya yang lebih besar lagi.
Dalam ucapan sama, Datuk Red juga menzahirkan penghargaan buat isteri tercinta, Rohanita yang tetap setia di sampingnya menempuhi setiap ujian.
Buat isteriku yang tersayang, terima kasih kerana memilih untuk berada di sisi saya, walaupun saya bukan suami yang sempurna.
Saat saya jatuh, gagal dan hilang keyakinan pada diri sendiri, awaklah yang bersama dengan saya.
Selain itu, Datuk Red juga meluahkan rasa syukur apabila enam orang anaknya hadir ke majlis tersebut walaupun mendakwa empat lagi cahaya matanya tidak dapat hadir.
Buat anak-anak saya, Alhamdulillah enam orang..biar pun saya mencari lagi empat orang tapi tak ada.
Tak apa, syukur Alhamdulillah anak-anak saya ada dekat sini dan saya minta maaf. Terima kasih hadir. Saya sayang anak-anak saya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh mendengar ucapan tersebut terutama apabila Datuk Red menyentuh tentang anak-anaknya.
Sekadar info, pada 3 Julai lalu Datuk Red dan Rohanita selamat disatukan sebagai suami dan isteri. Pernikahan mereka turut meraih lebih 15,000 tontonan di akaun rasmi TikTok Datuk Red.
Untuk rekod, Datuk Red bercerai dengan isteri, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim (Datin Red) dengan talak satu pada 13 Mei 2024.
Tidak lama kemudian, Datuk Red bercerai talak satu dengan Adira pada penghujung April 2024. Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum bercerai pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, 3.
Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)

