![[VIDEO] Ummi Nazeera Jaga Pemakanan, Jarang Makan Nasi – ‘Makanan Tengahari Hanya Buah-Buahan’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/ummi-nazeera.jpg)
Perkongsian terbaharu, pelakon Datin Seri Umie Aida berkaitan Ummi Nazeera menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Sudah Dilabel Pelakon Gred A, Ummi Nazeera Masih Pergi Kelas Lakonan – ‘Saya Tak Akan Berhenti Belajar’
Artikel Berkaitan: Ummi Nazeera Kongsi Dua Hadis, Dr Izzar Selit Komen ‘Sweet’ – ‘Saya Suka Orang Yang Suka Hadis Ini
Diet
Menerusi perkongsian di TikTok, Umie Aida berkongsi kakaknya, Erma Fatima, Ummi Nazeera dan aktor legenda, Eman Manan merupakan antara artis yang menjaga pemakanan mereka.
Tidak seperti yang lain, Ummi hanya menikmati buah-buahan seperti kiwi dan kacang edamame sebagai hidangan tengah harinya.
Artis ramai yang jaga pemakanan. Tengok makan tengahari Ummi Nazeera, Erma Fatima, mereka makan buah.
Eman Manan tidak ambil makanan yang manis-manis.
Menurut Ummi, hidangan tengah harinya bukanlah terhad kepada buah-buahan sahaja.
Namun begitu, pelakon drama Nur Kasih itu tidak menjadikan nasi sebagai makanan hariannya.
Kadang-kadang saya makan makanan lain. Nasi saya tukar kepada ubi keledek.
Saya makan juga nasi tapi sekali sekala.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap cara Ummi menjaga pemakanannya.
Komen netizen

Sumber: TikTok






