berita

Viral Isu RMT, Doktor Ini Beri Sebab Sosej Bukanlah Makanan Yang Berkhasiat Untuk Pelajar

September 9th, 2016 | by Shafika
Isu & Kontroversi

??????????????????????

Baru baru ni, viral isu mengenai makanan RMT yang didakwa kurang berkhasiat. Namun, kenyataan mengenai sosej yang dikhabarkan untuk membuka selera pelajar mendapat perhatian ramai netizen. Betul ke sosej bukan makanan terbaik?

Yelah, pemakanan yang baik akan mempengaruhi fungsi kognitif, kebolehan belajar dan memori pelajar. Tapi, bukan semua makanan tau. Cuma makanan tertentu sahaja yang boleh bertindak sebagai makanan otak untuk pelajar. So, apa agaknya makanan yang terbaik untuk pelajar di sekolah ya? Apa kata korang baca apa yang di kongsi oleh seorang doktor di laman Facebook mengenai isu ini.

Sosej bukan makanan terbaik untuk pelajar

sosej-bakar

Sosej adalah makanan kurang berkhasiat kerana ia terdiri daripada makanan proses yang kaya dengan asid lemak omega 6.

Asid lemak omega 6 tidak baik untuk tubuh badan kerana ia punca kejadian inflamasi dalam badan dan seterusnya mengakibatkan penghasilan kolestrol pada salur darah, menurut Dr. Norzaidi Zakaria.

Beliau yang juga Biro Media Pertubuhan Doktor-Doktor Islam (Perdim) berkata, jika sosej diambil dalam jangka masa lama ia akan menyebabkan salur darah tersumbat dengan lemak.

“Sebaiknya, sosej ditukar kepada telur omega 3 yang lebih berkhasiat dan murah berbanding sosej,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Semalam, Datuk P. Kamalanathan berkata, kementerian itu sedang menunggu laporan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas berhubung dakwaan penyediaan menu makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang tidak berkhasiat di salah sebuah sekolah di daerah itu.

Timbalan Menteri Pendidikan 1 berkata, hasil siasatan awal PPD Pasir Mas dan pihak sekolah mendapati menu harian yang dihidangkan di kantin sekolah tersebut ialah nasi goreng Cina, tembikai dan milo, bukan nasi kosong dengan potong separuh sosej.

Antara kandungan sosej yang tidak sihat

Makanan segera sosej sememangnya menjadi kegemaran ramai tidak kira dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.

Ada beberapa fakta yang membuatkan kita berhati-hati sebelum mengambil sosej.

1) Kandungan bahan-bahan kimia di dalam setiap isi kandungan sosej. Sebagai contoh:

*Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Kandungan garam yang tinggi, Gula, High MSG, Pewarna, Pengawet

2) Banyak kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa risiko kepada kanser terutama kanser usus colon dan pancreas

3) Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang setiap hari selama sebulan, meningkat risiko untuk mendapat kanser, terutamanya leukaemia.

4) Ibu hamil yang memakan sosej lebih pada sebatang setiap minggu akan meningkatkan risiko kemudaratan pada bayi dalam rahem.

5) Meningkatkan risiko serangan sakit jantung

Seeloknya cuba kurangkan dan elakkan pengambilan makanan seperti ini.

Telur omega 3 lebih berkhasiat

telur-omega

Egg yolk atau kuning telur adalah bahagian yg paling banyak nutrisi dlm sebiji telur.

Kandungan nutrisi ini berbeza beza bergantung kepada makanan yg diberikan pada ayam itu. Ia dapat diukur dengan melihat warna kuning telur tersebut. Egg yolk berwarna orange mempunyai kandungan beta carotene telur yang lebih daripada yang berwarna kuning. Ia juga makna telur ayam itu mempunyai kandungan ALA yang tinggi. ALA ialah salah satu zat dari omega 3. 

Makanlah kuning telur ayam yang berwarna orange kerana ia lebih bernutrisi.

Sumber : Malaysiagazette, Dr Zubaidi Hj Ahmad

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×