
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap suami yang didakwa tidak mempedulikannya ketika sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: Isteri Hamil Terkilan Dengan Layanan Suami, Tak Peduli Lapar & Sengaja Tutup ‘Aircond’ – ‘Nampak Awak Hidup Selesa Sangat’
Artikel Berkaitan: ‘Aku Berusaha Cari Duit Lebih & Potong Belanja Shopping’ – Isteri Terkilan Suami Rahsiakan Gaji Sebenar
Luahan isteri

Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut mendakwa suaminya seolah-olah tidak berasa teruja untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka apabila bersikap acuh tak acuh ketika menghadiri pemeriksaan kandungan.
Menyesal pula ajak suami aku teman pergi klinik buat details dan 5D scan.
Tak ada reaksi langsung dalam bilik scan, dia hanya diam. Padahal doktor tu habis baik pujuk baby bagi kerjasama tunjuk muka.
Aku perasan suami aku dah mula bosan nak mengeluh, sumpah rasa malu dengan doktor.
Aku rasa dia akan teruja sebab anak pertama.
Bukan itu sahaja, wanita itu turut mendakwa suaminya bersikap lepas tangan apabila tidak membuat sebarang persiapan untuk kelahiran anak mereka, termasuk menyediakan kelengkapan bersalin dan barangan bayi.
Kau satu sen pun tak pernah keluar duit sepanjang aku check up, scan..barang anak pun semua duit aku.
Sekurang-kurangnya bagilah semangat atau tolong apa yang patut.
Aku beli semua barang baby dan barang pantang tanpa satu sen duit kau. Aku siap dahulukan deposit untuk orang urut dalam pantang, bakinya nanti tak tahulah kau ada duit ke tak nak bayar kalau sampai sekarang pun tak pernah kumpul satu sen pun duit untuk bini bersalin.
Dalam masa sama, wanita tersebut turut menanggung tekanan seorang diri apabila suami dilihat lebih mengutamakan kehendak sendiri.
Dahlah kau punca aku stres sampai berendam air mata setiap malam. Aku rasa anak tak nak bagi kerjasama pun mungkin sebab stres je memanjang.
Fikiran bercelaru, hutang keliling pinggang, barang anak, persiapan semua tak selesai lagi.
Kau jadi lelaki senang je, tenang. Balik borak nak beli barang motor lah, beli pod, beli ketum.
Sumber: Threads







