Setiap kali hujung minggu mesti soalan yang sama muncul.

“Nak pergi mana eh?”

Kalau asyik ulang rutin makan, jalan mall atau tengok wayang, apa kata kali ni cuba sesuatu yang lebih fun? Lagi best sebab bukan korang seorang je boleh enjoy, malah kalau datang dengan pasangan, kawan-kawan atau anak-anak pun tetap ada aktiviti masing-masing.

Bersempena Acer Day 2026, Acer membawakan Acer Active Day, sebuah acara yang menggabungkan aktiviti kecergasan, hiburan, teknologi dan keseronokan dalam satu hari. Berlangsung pada 1 Ogos 2026 di The Campus, Ampang, acara ini memang sesuai buat korang yang mencari aktiviti hujung minggu yang lain daripada biasa.

Workout dulu, baru sambung explore

Kalau korang jenis suka cabar diri atau nak mulakan gaya hidup lebih aktif, jangan lepaskan peluang sertai Acer Move.

Cabaran ini diinspirasikan daripada HYROX dan sesuai untuk mereka yang nak uji stamina sambil berseronok. Menariknya lagi, yuran pendaftaran akan dipulangkan semula apabila korang hadir ke acara, jadi memang rugi kalau tak cuba.

Kalau nak aktiviti yang lebih santai pula, boleh sertai Acer Energize yang menawarkan sesi Yoga dan Zumba. Tak kisahlah datang seorang atau ajak geng sekali, lagi ramai lagi meriah.

Parents pun boleh enjoy, anak pun tak bosan

Selalu kalau pergi event, mesti ada seorang yang kena teman anak.

Kali ni tak perlu risau sebab Acer turut menyediakan Junior Activity Zone yang dipenuhi pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak belajar, bermain dan meneroka perkara baharu.

Sementara anak-anak sibuk dengan aktiviti mereka, ibu bapa pula boleh luangkan masa mencuba pengalaman lain di sekitar acara.

Barulah tenang-tenang kan…

Boleh try sendiri produk Acer & pengalaman AI

Selain aktiviti kecergasan, jangan lupa singgah ke Product & AI Experience Zone.

Di sini, korang berpeluang melihat sendiri demo produk Acer serta mencuba pengalaman AI yang direka untuk membantu urusan harian, pembelajaran, kerja mahupun hiburan.

Kadang-kadang tengok video dekat internet tak sama dengan pengalaman cuba sendiri. Jadi inilah peluang terbaik untuk explore teknologi terkini secara lebih dekat.

Bukan sekadar seronok, malah boleh juga kongsi kebaikan

Apa yang menjadikan acara ini lebih bermakna ialah adanya Charity Donation, di mana pengunjung berpeluang menyumbang kepada komuniti sambil menikmati pelbagai aktiviti sepanjang hari.

Sedikit sumbangan daripada setiap pengunjung mampu membawa senyuman dan memberi impak kepada mereka yang memerlukan.

Kemeriahan Acer Day diteruskan di seluruh Malaysia 

Selain Acer Active Day yang berlangsung pada 1 Ogos 2026 di The Campus, Ampang, Acer turut membawakan Acer Day Carnival yang sedang berlangsung dari 6 Julai hingga 30 Ogos 2026 di Acer Concept Store terpilih di seluruh Malaysia termasuk Klang Valley, Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Sepanjang tempoh karnival ini, pelanggan yang membuat pembelian produk Acer yang layak berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik seperti:

  • Sehingga RM200 Touch ‘n Go eWallet Credit
  • Blind Box dengan hadiah misteri
  • 1 vs 1 Gaming Challenge
  • HashtagUs Challenge

Kalau memang dah lama bercadang nak upgrade laptop atau peranti baharu, inilah masa yang sesuai untuk dapatkan lebih banyak nilai daripada pembelian anda.

Masih tak ada plan 1 Ogos ni, apa kata singgah sini?

Jarang ada satu acara yang berjaya gabungkan fitness, aktiviti keluarga, teknologi AI, gaming dan pelbagai ganjaran menarik dalam satu tempat.

Sama ada korang datang untuk sertai cabaran kecergasan, bawa anak-anak bermain, cuba teknologi terkini atau sekadar nak luangkan masa bersama orang tersayang, Acer Active Day memang antara event yang patut masuk dalam senarai hujung minggu korang.

Maklumat Acer Active Day:

Jangan lupa juga singgah ke Acer Day Carnival yang berlangsung sehingga 30 Ogos 2026 di Acer Concept Store terpilih di seluruh negara untuk menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik.