
Pempengaruh media sosial, Yuti tampil mengulas dakwaan mengenai namanya yang dikaitkan dengan isu hutang berjumlah RM1.4 juta.
Artikel Berkaitan: ‘Maaf Andai Saya Melebih Dalam Live Fattah & Amira’ – Yuti
Artikel Berkaitan: Cik Epal Dikecam Kekok Semasa Live, Yuti ‘Backup’ – ‘Dia Buka Hati Nak Belajar’
Hutang RM1.4 juta

Menerusi perkongsian di Threads, Yuti menjelaskan bahawa segala dakwaan yang mengaitkan namanya kini sedang diuruskan oleh pihak peguam.
Tambah Yuti, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung isu tersebut sebagai tanda menghormati proses perundangan yang sedang dijalankan oleh pihak berkaitan.
Dakwaan-dakwaan yang tersebar mengenai saya dan syarikat saya kini sedang diuruskan sepenuhnya oleh peguam saya, dan saya tidak akan memberi sebarang komen lanjut selagi ia diuruskan.
Selain itu, Yuti mengakui bahawa dakwaan yang melibatkan perniagaan dan ahli keluarganya itu bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilalui.
Dalam pada itu, Yuti turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan serta kata-kata semangat yang diterima daripada orang ramai susulan isu yang melibatkan namanya.
Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan bahawa ini bukanlah tempoh yang mudah buat saya, team saya dan keluarga.
Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan, dan saya mohon kesabaran semua sementara perkara ini diselesaikan dengan sewajarnya.
Imbas kembali, nama pempengaruh Yuti pernah menjadi bualan hangat selepas didakwa mempunyai hutang berjumlah RM1.4 juta kepada seorang usahawan.
Difahamkan, wang ringgit berjumlah RM1.4 juta telah diserahkan kepada individu terbabit untuk dijadikan modal bagi menjalankan perniagaan.
Sumber: Threads @thelikeyuti






![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)
