Perkongsian seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan adakah berbaloi seorang lelaki mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dianggap sudah ‘rosak’ telah menarik perhatian ramai termasuk pelakon, Zila Bakarin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zila Bakarin Tak Tahan Sebak, Anak Sulung Didakwa Jadi Mangsa Buli – ‘Dia Sangat Lemah Lembut & Banyak Mengajar Saya Tentang Adab’

Artikel Berkaitan: Zila Bakarin ‘Sekolahkan’ Isteri Tertekan Dengan Sikap Suami – ‘Tak Perlu Lepaskan Marah Dekat Anak-Anak’

Wanita rosak?

Menerusi komen balas di media sosial, Zila berpandangan bahawa setiap manusia mempunyai kekurangan dan kesilapan masing-masing, selain menegaskan perkara yang lebih penting adalah menjaga iman.

Rosak boleh dibaiki, walau tak seperti baru tapi masih boleh pakai. Mana ada manusia sempurna, yang penting pastikan iman tak rosak.

Komen tersebut ditinggalkan Zila sebagai respons terhadap hantaran seorang individu yang bertanya “Berbaloi ke kawin dengan wanita yang dah rosak? Tanya je?”

Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi wargamaya. Ada yang bersetuju dengan pandangan Zila, malah berpendapat setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan khilaf dalam kehidupan.

Namun, terdapat juga segelintir pengguna media sosial yang kurang bersetuju dengan pandangan berkenaan kerana beranggapan boleh disalah tafsir sebagai memberi ruang untuk seseorang melakukan maksiat tanpa memikirkan akibatnya.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat seseorang yang pernah melakukan kesilapan masih mempunyai peluang untuk berubah, asalkan benar-benar menyesal, bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan sama.

Sumber: Threads